Thursday, February 23, 2012

Cinta Kedua ...3

Ketika mengandung anak yang pertama Mera berdebar2. Sesekali terasa takut. Masayang ditunggu2 pun tiba. Perut dia sakit. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tiba2 dia teringat perjuangan ibunya. Baru dia tahu begitulah juga ibu ketika mengandungnya 18 tahun yang lalu. Suaminya pucat bila mendapat tahu Mera nak bersalin. Dia bagai tak serba tak kena. Mujurlah ibu mertuanya ada. Itu pun lain disuruh lain dibuatnya. Ibu minta dia sediakan kereta dia ambil motosikal. Ibu minta tutup pintu rumah dia tutup pintu pagar. Memang kalut. Maklumlah anak pertama. Balik2 dia mengucap dahi Mera sambil membisikkan " Mera akan selamat sayang..."

Mujurlah hospital dengan rumah tidak jauh. Begitu mudah Mera melahirkan zuriatnya bersama Shukur. Dia bersalin secara normal. Jeritan bayi comel seberat 2.9 kg itu benar2 mengusik hatinya. Begitu juga dengan suami dan ibunya. Selesai dimandikan bayi itu menerima bisikan qamat diteliganya. Aduhai...lahirnya disambut kalimat2 suci.

Semuanya ok. Cuma 2 hari duduk di wad. Dalam seminggu dia sudah berasa segar. Dirinya dijaga rapi. mandi dengan dedaun kayu khas untuk orang bau bersalin. Ada tukang urut yang ditempah khas oleh ibunya. Makanan Mera terjaga. Cuma makan sup ayam kampung dan ikan. Macam2 makanan tak boleh makan. Ada ketikanya Mera rasa tersentuh kerana bagai dikongkong ibunya. Namun dia searkan dari bahawa itulah tanda sayang darinya. Ubat2an tradisi pasti ada dan diamalkan. Segalanya disediakan oleh Ibu. Mere berpantang sehingga 100 hari. Petua ibu tersayangnya tetap ditaati. Apa lagi ibu yang menjaga bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah cucu yang ertama.

No comments:

Post a Comment