Thursday, February 23, 2012

anak2 buang ayah kerana nyanyuk

Ada anak pun bagai tiada anak. Anak2 sekarang penting diri sendiri. Ada ayah, mereka tidak mahu menjaga. Ayah yang lanjut usia dan nyanyuk dihantar ke rumah kebajikan. Baru2 ini mereka pinjam si ayah itu. Mereka cuma perlukan tanda tangan dia untuk uruskan pembahagian harta. Mereka lebih utamakan keluarga. Itu memang tanggungjawab menjaga anak2 dan isteri/suami. Namun perlu diingat tanggungjawab kepada ibu dan ayah jugak terutama anak lelaki. Mereka perlu menjaga orang tua sehingga ke akhir hayat.

Sedih membaca kisah seorang ayah yang nyanyuk yang tersiar di akhbar. Tiba2 anaknya menjengah ayah mereka kononnya mahu membawa pulang. Siap menyatakan mereka telah insaf. Sebelum ini mereka biarkan si ayah itu di pondok buruk selama 2 tahun seblum dibetapa gembira agaknya hati si ayah dapat menumpang hidup dgn anak2nya. Tapi alangkah sedih dan terharunya si ayah apabila anak2 hantar semula dia ke rumah kebajikan itu.

Berapa ramai lagikah ayah atau ibu yang sudah tua akan menerima nasib demikian? Kenapa anak2 tidak mengenang jasa ibu dan ayah mereka? Tepuk le dada tanya le minda....

2 comments:

  1. Apa jenis manusia yang menyambut hari ibu atau bapa dengan gembiranya tetamu tanggungjawab terabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka cuma suka yang "happy" dan ringan tapi bab tanggungjawab itu payah dilaksanakan sebab terasa berat kot!

      Delete