Thursday, February 23, 2012

Pengkid benci lelaki kerana utamakan seks

Sikap utama soal seks daripada menjaga hati menyebabkan seorang pengkid tidak suka lelaki. Dia seorang gadis manis dan masa ini menunggu keputusan SPM. Usianya baru 17 tahun dan mengaku menjalinkan hubungan sejenis. Dia amat mencintai teman wanitanya yang berusia 16 tahun yang juga bergelar pelajar. Hubungan mereka mudah kerana tidak disyaki oleh rakan2 sekolah.Malahan mereka mudah berjumpa kerana belajar di sekolah yang sama.

Keluarga juga tidak mengetahui menyebabkan dia mudah membawa teman wanitanya tidur di rumahnya dengan alasan berbincang tentang pelajaran. Apakah perkara ini akan berleluasa? Nampaknya ibu bapa perlu mengetahui status hubungan anak2 secara berterusan.

Memang amat wajar didikan awal kepada remaja supaya tidak mudah terjebak dengan tindakan yang negatif atau menyalahi sosial kehidupan.Pengetahuan agama menjadi benteng dan dinding terhadap perjalanan hidup yang penuh cabaran.

No comments:

Post a Comment