
Dia tidak puas melewati masa remajanya kerana berkahwin selepas saja habis peperiksaan SPM. Perkahwinan pasangan remaja itu direstui ibu. Kebetulan Mera anak sulung yang adik-adik masih kecil. Lalu kehadiran seorang lelaki itu diperlukan dalam keluarganya. Ayahnya pula sudah merantau jauh sehingga susah untuk berjumpa.
Maka dalam usia 19 tahun dia sudah menjadi ibu. Anak sulungnya seorang bayi perempuan. Kehadiran bayi comel itu menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangganya bersama shukur. Memang pada mulanya Mera berkahwin dengan Shukur kerana patuh kepada keinginan ibu. Mera tidak begitu mengenali rapat dengan Shukur. Mereka memang tinggal berdekatan kampung. Namun lelaki itu amat mencintainya dan jiwanya kental untuk menyunting. Kebetulan dia pula telah bekerja dengan jabatan kerajaan.
No comments:
Post a Comment