Sunday, February 19, 2012

Perompak kunci rakan lepas rompak emas

Perompak ada ketikanya lebih pintar dari polis. Mereka bagai peramal yang baik. Mana taknya mereka tau polis masuk dan keluar dari mana. Ada juga perompak yang mahir pastikan simpanan barangan berharga. Dalam kepala mereka bagai ada peta. Memang dasar pencuri.

Tapi langit tidak selalu cerah. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perompak juga bodoh. Minda penuh dengan misi rompakan saja. Mungkin juga mata sudah kabur kerana dapat hasil yang banyak. Mereka merompak di sebuah premis simpanan emas. Bayangkan berkilauannya emas2 itu. Makanya, tindakan kena semuanya cepat. Jadi begitu le berlaku di Dublin, Ireland sehingga ketiga2 perombak emas dipenjara tujuh tahun.

Gary Byrne, Ian Jordan dan Aidan Murphy akhirnya hidup dalam penjara. Gary tunjuk tangkas apabila dia cepat mengunci tanpa sedar dua rakannya masih dalam bangunan berkenaan. Tindakan Gary yang amat bodoh itu menyebabkan mereka dikesan kerana pasukan bomba yang menyelamatkan dua rakannya yang lain.

No comments:

Post a Comment