Wednesday, February 29, 2012

Yang menyusur itu rinduku...2


Aku benar2 teruja melihat gigihnya eyang. Dalam sibuknya dia membesarkan kami adik beradik dia juga sempat menanam padi. Padi bukit menghasilkan beras yang bagus. Sementara menunggu pagi berbuah kami menuai jagong dahulu. Jagong pulut berwarna kuning sedap dimakan. Ada juga berwarna putih susu. Amat sesuai dimakan dengan kopi O. Namun sebahagian besarnya dijual ke pasar Tamu. Setiap hari Ahad tamu diadakan di kampung kelahiranku itu. Hasil jualan itu eyang simpan untuk membeli keperluan lain. Selain itu eyang juga menanam pelbagai jenis sayuran. Juga ia untuk dijual sama ada di kedai atau di Tamu. Ada juga kalangan jiran yang membeli borong dengan eyang dan menjualnya semula.

Aku digamit memori indah ketika musim padi berbuah. Awal2 pagi lagi mesti turun ke sawah mengawal pipit. Agaknya selepas subuh pipit sudah datang kerana setiap kali aku turun bersama kakak burung kecil itu sudah bising. Kain dan baju basah kerana air embun di dedaun pagi berguguran ketika menghalau burung.

Sesekali jejari tangan lukanya masih terasa pedih. Aku bersama kakak dan adik2 diajar untuk memotong padi. Lengaman digunakan untuk memotong padi jika ia sudah cukup masak. Ketika itu orang kampung saling membantu untuk menuaikan pagi. Giliran masing2 akan ditentukan dan diumumkan supaya tidak bertindih. Bagi yang punya duit lebih akan disediakan makan dan minum sesedapnya. Makan beramai2 di tepian sawah sambil ditiup angin menjadi kenangan yang cukup indah.

No comments:

Post a Comment