Monday, July 12, 2010

Sepanyol hebat penonton hancur nilai...!!!

Wow! ramai yang sanggup menggadaikan masa tidurnya untuk tengok piala dunia 2010. malah ada yang jiwa lara risau pasukan yang disokong akan kecundang. Semuanya hebat belaka! pemain hebat penyokong juga hebat. namun penonton di lapangan hancur nilai diri!!!!. kenapa? mengapa? di mana? seolah2 menang sorak kampung tergadai ja...apa yang mereka tinggal selepas menonton piala dunia itu. mereka tentu dapat kepuasan tapi lokasi penuh dengan sampah. nah! nilai mereka hancur!

Yang pasti pasukan sepanyol telah menjadi juara piala dunia pada musim ini. mereka membawa pulang hadiah wang tunai rm100 juta. kemenangan ini merupakan gelaran pertama buat sepanyol sejak kejohanan piala dunia diperkenalkan pada tahun 1930. mereka mengalahkan belanda 1-0 di stadium soccer city di johannesburg. pasukan yang memang hebat ini mencipta sejarahnya sendiri. namun yang pasti memang banyak ramalan menyatakan mereka bakal juara.


Itu le rezeki kerana gol kemenangan itu pun masuk di saat2 akhir, iaitu minit ke-116. penjaring gol sudah tentu gembira bagai nak terbuka dadanya. andres iniesta menjaringkan gol keramat itu. penjaga gol sepanyol bangga dan terharu sehingga terduduk ke tanah. aduh! itulah kehebatan namanya. kemenangan itu akan dijulang di arena bola sepak bertaraf dunia. mereka akan disanjung dan dipuji. sambutan sudahnya hebat. merata dunia orang bercakap tentang bola sebiji itu. cuma yang tidak hebat para penonton terutama yang berada di dataran merdeka atau di tempat2 lain.


Saya katakan demikian kerana yang hebat itu pemain bola terutama pasukan ke peringkat akhir, sepanyol dan belanda. penonton menjerit bagai nak gila bila bola menghampiri pintu gol. suara jeritan tinggi dan terus menjadi rendah bila bola terdampar ke arah lain. namun yang pasti pasukan2 ini bermain dengan hebat dan baik. kebanyakan penonton lupa diri bahawa mereka buka berada di rumah. benarkah begitu? atau memang sengaja tidak mengendahkan keadaan sekeliling?



Menjerit dan berpesta bola tidak menjadi masalah. yang menyedihkan selepas selesai pesta bola itu mereka balik dengan nilai2 murni yang hilang dan hancur.... tanggungjawab langsung tidak ada. mereka terlupa diri. mereka tidak membalas budi. skrin besar disediakan secara percuma. pelbagai makanan dijual untuk kemudahan. tapi mereka sanggup memburukkan keadaan. sampah sarap memenuhi dataran mereka. sebuah tempat yang seharusnya dimanjakan dengan keindahan. namun yang berlaku sebaliknya....yang indah telah ditaburkan sampah warna warni.



Memang benar2 menyakitkan keadaan itu. amat geram dengan tindakan yang tidak berhati perut. senang2 saja meninggalkan tabiat buruk mereka di mata orang ramai yang melalui dataran merdeka. hampir semuanya menyampah dengan suasana itu. nah! kehebatan pasukan sepanyol dan belanda memang ternyata tapi penonton telah hancur nilainya...! mereka menyebabkan pesta bola yang amat berpengaruh itu hilang indahnya. ini disebabkan sehingga pagi tadi ada yang menyatakan " memang ramai di dataran merdeka tapi tengok le sampah sarap bermaharajalela". saya pun malu mendengar rungutan itu. komen macam2 . aduhai...nilai murni semakin ditelan arus nampaknya...


Saya memang benar2 tabik dengan penganjur piala dunia. tambahan pula promosi dan publisiti yang melimpah ruah. kehebatan bola ini menyebabkan seorang anak kecil berumur 4 tahun sibuk bercerita tentang piala dunia. aduh! saya kagum mendengarnya bercerita. namanya rania. rambutnya kerinting sehingga bawah bahu. comel budaknya. kami makan di pizza hut. dia bercerita tentang bola ketika kami menyentuh pesta itu. dia siap komen pasukan jerman dan argentina. begitu juga dengan belanda dan sepanyol. aduhai...hebatnya si kecil itu. bagus sebenarnya kerana punya ilmu yang baik....

Sekarang pesta bola telah berakhir. cuma siaran ulangan di tv terutama tv swasta diulang2. saya tak tengok pun ada kesempatan untuk nonton siaran ulangan. tahun ini dbkl menyediakan kemudahan tayangan skrin besar di dataran merdeka untuk sepanjang pesta bola itu. malam perlawanan akhir antara sepanyol dan belanda itu puluhan ribu orang membanjiri dataran merdeka sehingga pagi. itu dia kuasa piala dunia 2010.

Tahniah pada yang menang...

salam piala dunia

No comments:

Post a Comment