Tuesday, July 6, 2010

Berenang sebagai terapi dalam hidup....

Berenang itu suatu sering saya buat semasa zaman remaja. saya bersama sepupu secara beramai2 berenang untuk menyeberang sungai yang sedang banjir. aduh! saya tidak mampu buat sekarang. kami cuma menggunakan pelampung tayar. air sungai semakin naik. kayu banyak yang hanyut. memang rasa takut ketika itu tapi masih berani untuk berenang. akhirnya kami tiba di seberang.

Itu zaman dulu. saya tidak pernah ada guru. semuanya atas kekuatan dan keinginan sendiri. biasanya kami berenang beramai2 di sungai. arus sungai itu kuat. dan kami juga tidak menggunakan pakaian khas seperti sekarang. juga dulu kami berenang sebagai aktiviti biasa. ia juga untuk melengkapkan diri kerana duduk tepi sungai. namun yang penting ketika berenang itu kami seronok. tidak terfikir pun untuk hilang tekanan atau kesihatan. segalanya tanpa sedar.

kini segalanya sudah berubah. berenang kini sebagai satu terapi. ia juga telah menjadi acara sukan. macam2 gaya berenang. ia menyebabkan orang dikenali atau popular. kini juga berenang ada kelas. sediakan saja duit boleh belajar. ada tenaga pengajar yang profesional. kolam renang disediakan di kawasan2 perumahan.

Dalam sebuah majalah untuk wanita ada dinyatakan bahawa menurut u.s water fitness assocation (uswfa) berenang itu memberikan kebaikan dari sudut fizikal, sosial dan mental. ia banyak diceburi dari kalangan mereka yang ada klasnya tersendiri. yang penting ada kemampuan untuk membayar. selain itu berenang itu dilakukan dengan tujuan masing2 seperti sebagai aktiviti riadah atau melatih anak2 supaya tau berenang.

Antara kebaikan berenang ini ialah:
* meningkat kekuatan dan kelenturan tubuh
*mengimbangi kekuatan otot
*jantung yang lebih sihat
*mencantikkan bentuk badan
*meningkatkan pengaliran darah
*Terapi utk melegakan otot dan memulihkan tubuh akibat kecederaan dan kemalangan
*mengawal berat badan
*meningkatkan tenaga

Apapun alasan dan sebabnya berenang memerlukan tenaga. ia perlu dilakukan dengan baik dan fokus. sebab itu ia menjadi terapi. ia boleh menenangkan fikiran. malahan boleh melepaskan tekanan. ada ketika berenang itu menjadikan kita tabah dan berani.

Suasaba berenang di sungai sudah lama berlalu. yang ada cuma kolam renang. sama ada ia dibuat sendiri (orang berada) atau sewa ketika berenang atau kawasan perumahan yang memang dilengkapkan dengan kolam renang.

salam terapi

1 comment: