Thursday, July 15, 2010

Syembara puisi merdeka berdepan dengan transformasi

Baru-baru ini keluar komen di Berita Harian berkaitan syembara puisi merdeka 2010. ye telah menjadi adat bila sesuatu yang biasa dibuat tapi tidak dilaksanakan dalam masa tertentu jadi ramai yang mengetuk pintu. gitu juga le dengan syembara ini. terima kasih kepada wartawan yang menulis maklumat itu. lanjutan dari itu kami di kementerian cuba untuk meleraikan dilema berkenaan. syembara memang dilaksanakan cuba kangkangannya bujet. bujet baru diluluskan (walaupun tidak mewah). nah! harap bersabar wahai peminat, penggerak dan pencinta puisi ye...cuma harap boleh terima transformasi yang akan diterapkan pulak!

JKKN akan bekerjasama dengan GAPENA dan DBP sekali lagi tahun ini. moga idea itu dapat dilaksanakan bersama. tidak dinafikan dalam kerja berkumpulan mesti ada pertindihan pendapat. itu biasa le....ia menjadikan program lebih indah. tidak perlu cakap belakang2. ia tidak menyelesaikan masalah pun. lebih baik berbincang. kalau nak kutuk, nak puji dan nak bagi idea biar depan2. biar bising dulu tapi kemudian dapat impak yang bagus.

Tahun 2010 program puisi ini akan mencuba penampilan baru dalam bulan september nanti. selain melibatkan nama2 besar ahli sastera tanahair maka generasi muda juga akan dilibatkan. ia cara untuk memupuk rasa cinta kepada negara. ia juga akan melibatkan eleman muzik, dekon, puisi dalam bentuk koir, vocal harmoni, visual dan sebagainya yang bersesuaian dengan kehidupan masa kini.

Penerapan unsur baru ini bagi saya baik demi pembangunan seni sastera di negara ini. jika kita tidak memasukkan unsur baru sudah tidak ada perkembangan. suatu yang terus statik itu menyebabkan ia tenggalam. atau hidup segan mati tak mahu. kita tidak mahu seni sastera khususnya puisi jadi seperti itu.

Jiwa Merdeka 2010: 1Malaysia Menjana Transformasi Puisi merupakan nama program genre puisi pada tahun ini. Nah! suatu yang tidak biasa digunakan. harap pengisiannya jugak ada kelainan dan menarik. puisi yang terkandung dalam penerbitan oleh GAPENA dan DBP akan digunakan cuma beberapa pendekatan dan bentuk baru akan digunakan. kreativiti yang baik dan luar biasa tapi bercirikan nilai murni tetap diutamakan.

Antara hasrat serta objektif melaksanakan program murni ialah:
- menyemarakkan bahasa dan persuratan melalui kaedah baru dan sesuai dengan masyarakat masa kini.
- menanamkan semangat kenegaraan dan memperkukuhkan jatidiri bangsa malaysia.
- memartabatkan kesusasteraan kebangsaan di kalangan masyarakat 1malaysia.

Gabungan elemen baru dalam bentuk penyampaian atau persembahan puisi bertujuan supaya ia lebih segar sejajar dengan masyarakat intelek serta kreatif ketika ini. saya harap begitulah terjadinya nanti. adalah diharapkan ia lebih memberi impak yang berkesan kepada peserta dan penonton.

Antara cadangan pengisian tahun 2010 ialah:
1. Puisi generasi pelbagai kaum - penglibatan pemuisi - puisi pelbagai bahasa/dialek dgn
1Malaysia menggunakn ritma pelbgi suara
2. Kasih merdeka - dondang sayang - akuan kasih kpd tanah tumpah
merdeka baba nyonya darah melalui pantun,nyanyian
dan muzik.
3. Bersatu dengan alam - kump pribumi sabah - rasa makmur dan ksyukuran
dan sarawak diluahkn -tari/gerak/muzik
- orang asli yg mengangkat alam.
4. Puisi dan gerak - seni mptahankan diri - puisi yg dipamerkn mggunakn
- tari vokal dan bahasa tubuh bgi
- hip hop generasi baru
- shuffle/rap
5. Puisi formasi - kump sorak/gimnastik - aktiviti diselaraskn dgn mmasukk
- tarian para persembahan formasi ketika
puisi dibaca
6. Pantomin/seni/lukis/arca - teater - penceritaan puisi menggunakan
- pelakon suara latar, gerak, lukisan n arca
- pelukis
- pengarca
- deklamator
7. Bicara berirama - pelajar sekolah - menggunakan puisi tpilih dlm
penyampaian berirama.

8. Mengimbau kemerdekaan - penggunaan video dan - montaj n imej plambangan
visual kemerdekaan (pr merdeka, kini
- (interpretasi penonton) dan akan datang)

9. Tokoh - penyair - bacaan poli-puisi
- negarawan
- penderma hati yg ptama

10. Koir - koir kebangsaan - puisi dinyanyikan dalam suara
-permata seni koir harmoni

11. Interaktif dgn penonton - - Semua penonton diberikn puisi
yang sama dan dibaca mgikut
turutan.

Nah! melihat kepada aktiviti pengisian (cadangan) di atas memang menarik. ia suatu yang berani untuk membuat perubahan. sekarang sudah tahun 2010. kini tiba masanya untuk meluaskan audien puisi dan pengaruhnya. kita kena ketepikan ego dan kepunyaan yang lama. memang belum pasti pendekatan ini lebih berjaya dari yang dulu. tapi yang penting kita kena mencuba dan impak pendekatan itu nanti akan menentukan ia diteruskan atau sebaliknya.

Majlis puisi 2010 ini nanti dijangkakan selama 1 jam 45 minit. alatan multi media dan visual melalui skrin LED dan visual skrin akan digunakan di beberapa lokasi di panggung. ia adalah garapan teatrikal. itu dia satu usaha yang amat besar maknanya. ia menuntut tanggungjawab yang besar untuk melaksanakannya.

Kita berharap aktivti murni ini dapat menggandingkan kerjasama dari kalangan badan bukan kerajaan , jabatan kerajaan yang berkaitan serta sokongan padu pihak media akan menjadi pemangkin dalam memperjuangkan bahasa dan persuratan tanah air.

Semoga dunia sastera di negara ni akan terus berkembang dan semua warga merasainya. bergading bahu dengan penuh keikhlasan dan komitmen padu merupakan peneraju penting untuk melaksanakannya. saling menyokong yang berterusan dengan rasa cinta terhadap bangsa, agama, bahasa dan negara menjadi harapan dalam perjuangan ini....

salam puisi..

No comments:

Post a Comment