Friday, June 18, 2010

Wartawan menang lagi...cantik gitu

Wow !! kawan2 wartawan memang sempena Malam penghargaan Industri Filem 2010 anjuran FINAS malam tadi (18 Jun 2010). Saya tumpang seronok tengok mereka naik pentas. Pada mulanya saya tertanya2 jugak siapa agaknya yang akan rangkus hadiah. Maklumlah saya tidak terlibat dalam program ini. Kedatangan saya untuk majlis ini pun kerana mau datang untuk memeriahkan majlis dan jumpa kawan2. Apa lagi sudah janji dengan kak Raja Azmi. Jadi sudah terikat dengan kata2 mau datang. Sahabat dan juga adik Ruzita Alias pun minta datang. SMS pun diterima untuk menjemput hadir. Nah! tanggungjawab saya untuk ada dalam majlis indah itu.

Saya perhatikan kalangan wartawan ramai juga datang. Mereka gembira. Mungkin untuk membuat liputan. Itulah yang saya agak. Saya tidak mesra dengan mereka semua kerana bidang hiburan jarang saya handle. Kebanyakan yang muda2 belaka. Namun kenallah mereka. Ya suatu waktu saya memang mau kenal dan mesra dengan mereka. Jika ada kesempatan dan umur panjang .Saya terus mencari siapa lagi yang saya kenal di kalangan mereka. Rupa2nya seorang kawan yang baru naik pangkat duduk bersebelahan meja kami, iaitu sdr Zainuri Misfar. Dia Pengarang Hiburan Berita Harian. Bukan main kemas lagi. Di sebelahnya sdr Akmal Abdullah. Dia Pengarang Bintang Popular. Kedua2nya kemas. Mereka kelihatan segak. Wartawan di negara ini juga ramai yang segak, baik dan laporan pun bagus.


Nah! mereka masing2 naik pentas. Sdr Akmal dapat nombor tiga dan Sdr Zainuri pulak menang di tempat kedua yang menulis bidang hiburan. Penulisan mereka pemangkin untuk bidang penuh glamor itu.Tempat pertama sdr A.Wahab Hamzah seorang penulis udangan di akhbar Utusan Malaysia. Mereka pemenang bahagian Bahasa Malaysia.

Sementara untuk bahasa Inggeris Wartawan dari NST dapat tempat kedua dan ketiga ,iaitu sdr Meor Shariman Meor Shafie dan Sheridan Mahevera. Manakala tempat pertama dimenangi oleh wartawan The Sun sdr Bissme S. Wow! nampaknya wartawan NSTP menang 4 anugerah anjuran FINAS tu. Semua pemenang terima wang tunai, trofi, buku terbitan FINAS dan tawaran kursus perfileman anjuran agnesi KPKK itu. Tahniah dan teruskanlah perjuangan anda semua demi sebuah keindahan dalam industri ini.


Memang diharapkan Hadiah Galakan Penulisan Industri Perfileman Trofi Samad Idris ini perlu diteruskan. Ia merupakan pembakar semangat di kalangan wartawan untuk terus berjuang. Tulisan dan idea para wartawan adalah pemangkin untuk pembangunan sumber manusia dan pembangunan negara. Keindahan akan tercipta dengan idea2 atau tulisan yang dipaparkan dalam media. Nah! itu adalah luahan pemikiran para wartawan.



Idea bukan mudah untuk dilahirkan jika tidak punya kemampuan untuk berfikir. Para wartawan pun punya tanggungjawab yang besar untuk membangun masyarakat sekaligus membina negara bangsa yang ada klas tersendiri di mata dunia. Sebab itu ada menyatakan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Ia perlu digunakan untuk mewujudkan keamanan dan kemerdekaan itu diisikan dengan kebahagiaan tanpa hasad dengki.

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan perjuangan para wartawan dalam bidang industri kesenian dan perfileman khususnya dan dalam membangunkan masyarakat amnya. Apapun jenis perjuangan dan sekecil manapun ia tetap punya harga yang tinggi dan dihargai asalkan moralnya bercirikan nilai-nilai murni. Kerana di situ ada kemuliaan sejagat.



Lalu hasil tulisan yang cuba menghasut dan boleh merosakkan bangsa cuma daripada mereka yang tidak punya wawasan yang pasti. Mereka yang demikian juga mengamalkan desakan emosi yang memberontak. Gerak hati yang dipaksa atau mengamalkan rasa tidak puas hati memanjang.



Salam wartawan...dengan jutaan terimaku

No comments:

Post a Comment