Friday, June 18, 2010

Datuk Mustafa Maarof dapat anugerah

Wajahnya berseri2. Ketampanan masih terserlah walaupun telah berusia. Dia telah melebihi 70 tahun berada di bumi Tuhan ini. Memang wajar Mustafa Maarof dapat Anugerah Tokoh Perfileman FINAS 2010. Dia seorang pelakon dan penggiat seni yang prolifik. Lakon beliau punya mutu yang tersendiri. Saya memang suka menonton lakonan beliau.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di perkarangan FINAS malam tadi (18 Jun 2010). Majlis ini diadakan sempena sambutan hari seniman 2010. Selain beliau ada lagi pelakon veteran yang layak menerima itu cuma mungkin masanya belum tiba. Dalam benak fikiran saya Datuk Aziz Satar juga punya sumbangan yang besar dalam industri ini. Namun pada malam itu juga dilancarkan buku Meredah Gelombang Seni - Sebuah Memoir Aziz Satar. Selain itu dilancarkan buku Bintang Di Langit Seni - Ahmad Mahmood. Tahniah dan syukur alhamdulilah kerana bertambahlah koleksi bahan industri kesenian filem tanahair.

Memang Malam Penghargaan Industri Filem 2010 ini satu usaha yang baik oleh FINAS. Bukan mudah untuk melaksanakan program seperti ini. Sudah banyak masa digunakan oleh KP finas bersama anak buahnya untuk menyusun strategi supaya majlis ini berjalan dengan baik. Malahan dapat memenuhi citarasa audien sasarannya walaupun tidak seratus peratus. Namun tidak ramai orang seni datang mungkin mereka sibuk . Atau malas mau datang kerana ia tidak ada karpet merah. Entah apa lagi....

Terharu selepas Datuk Mustafa Maarof menerima anugerah kawan2 datang mengucapkan tahniah. Datuk Aziz Satar, Kuswadinata, Norman KRU, dan ramai lagi. Begitu juga penggiat seni dengan wajah bersih sambil tersenyum gembira berjabat salam dan berpeluk dengan beliau.
Cuma yang lucunya ketika dipakaikan selendang di pentas berbelit2 selendang itu jadinya. Ini disebabkan orang atasan cuba membetulkan letak selendang itu walaupun sudah dibuat seorang wanita muda. Beliau cuma relaks saja dan menunggu acara seterusnya. Beliau menerima selendang(mahal jugak!), tropi dan rm...

Memang nostalgia filem2 beliau. Dia tampan. Lakonan pula tidak kaku. Suaranya gah sebagai lelaki. Langkahnya pantas ketika bersilat. Ada juga dia berlakon sama dengan arwah isterinya, Rosyatimah seperti filem Sri Mering. Filem ini memang menyentuh kalbu. Olahan cerita lama memang punya nilai yang berpanjangan.

Nah! anugerah mengenai kesenian ini memang ada. Ia merupakan penghargaan untuk industri seni daripada kerajaan. Moga ia dapat memberi sedikit impak(jika tidak banyak pun) perjuangan kesenian di negara ini. Namun apa yang penting seniman terutama dalam kategori yang berkaitan anugerah ini terus berjuang tanpa hanya menggunakan desakan emosi. Mereka sewajarnya tidak memberontak tapi berfikir. Mengamalkan sikap ingin memboikot yang rasanya tidak mendatangkan apa2 faedah. Tidak usah terlalu melawan arus jika belum ada senjata yang benar2 tajam....

Salam seni

1 comment:

  1. cayalah datuk mustafa maarof!
    beliau ni da tua2 pun mantain kacak~

    meet me HERE!

    ReplyDelete