Tuesday, June 22, 2010

Berlagak cakap orang putih....geli telinga

Apa sudah jadi dengan identiti orang sekarang. berbangga sangat dengan cakap orang putih. Nampaknya sangat jati diri kurang. baru berkursus di IDHL . masih berstatus pelajar pengajian tinggi. nah! petang semalam ada rombongan melawat ke bangunan sultan abdul samad. itu pun saat2 akhir baru tau. seramai 53 orang (lelaki dan perempuan).

"Where is the toilet?" kata pelajar lelaki yang tiba2 bertanya dengan kak long. hai terkedu jap. tgk muka Melayu. apa jadahnya mau cakap orang putih? adakah dia nampak muka kak long ni tak pandai cakap Melayu. dalam hati berkata2,"dia ni mau tunjuk action?" gitulah generasi pelapis. macam tidak hormat orang tua ja...geli telinga kak long. rasanya mereka tidak peka mereka datang ke kementerian berkaitan kebudayaan. masa kini juga orang sibuk mau merakyatkan dengan lebih rapat lagi penggunaan bahasa Melayu. masih pelajar sudah agak malukah berbahasa Melayu? atau rasa bangga berbahasa Inggeris. aduh! kasian pejuang bangsa dan bahasa.

Mereka sempat mendengar ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh sdr Khairul. mujurlah jabatan penerangan ada orang sudi untuk berkongsi ilmu. ceramahnya bagus cuma banyak bahan sampingan sehingga masa tidak cukup. namun kak long tgk ada jugak tidak pasang telinga. maklumlah ceramah petang. beberapa contoh yang digunakan amat baik dan menarik. moga mereka sedarlah tentang kepentingan dan perkaitan perjuangan hidup setiap insan di bumi ini dengan program 1Malaysia.

Lepas berceramah mereka diberi peluang untuk bertanya. bagus ramai yang bertanya. sekali lagi seorang pelajar Cina langsung cakap dalam bahasa orang putih. rasanya dia perlu peka dengan kepentingan bahasa kebangsaan jika mau kekal sebagai warganegara. mau klas konon! sudahlah...soalan dia pun tidak ada nilai murni. ilmu baru sejekal lautan dalam mau diduga. tidak puas dengan pendekatan 1Malaysia kerana masih ada pemberian biasiswa kepada orang Melayu yang dpt keputusan rendah. sdgkan pelajar Cina dan India yang dapat keputusan lebih baik tidak dapat. nah! inilah bakal pemimpin yang kini menunjukkan pandangan negatif. bagus jawpan yang dibagi...dalam kaum itu sendiri ada kuata. yang penting fahamkan sejarah. kepentingan dan hak orang2 Melayu mesti dipelihara. Itu adalah syarat dalam perlembagaan dan termaktub.

Tiba2 seorang pelajar Cina bertanya lagi .Amat membanggakan. Dia berkata" bolehkah saya bertanya dalam bahasa Melayu?" semua kawan2nya bertepuk tangan. aduh! bahasa inggerisnya amat lancar dan cantik ayatnya. dia berasal dari kelantan. kenapa jadi cam na? adakah orang kelantan jiwa mereka lebih memahami perjuangan bangsa malaysia? jawablah sendiri siapa yang membaca catatan kak long ni?

Jadi jika dari peringkat awal - seperti ahli rombongan itu, banyak yang tidak faham tentang 1malaysia atau ilmu mereka cuma sedikit maka apa akan berlaku dengan negara ini? Mereka kurang membaca. mereka tengok tv dan dengar radio pun cuma untuk seronok saja. sebab itu mereka tidak dapat maklumat. atau pun memang tidak mau memahami. jiwa mereka memberontak. atau lebih cenderung untuk membantah saja.

nah! sesuai dengan jawapan penceramah. berhati2 dalam mentadbir negara ini. jika mau membantah jangan sampai ada orang lain mengambil kesempatan. apakah disebabkan mau popular, kuasa dan kawasan sanggup negara gelora. tengok saja apa berlaku di gaza, palastin dan lain2 negara yang sentiasa kelaparan. mereka dahagakan keamanan. kehidupan rakyatnya miskin dan daif. mengharapkan bantuan. badan mereka tinggal tulang. tidak berbaju itu menjadi lumrah.

Jadi perlu berjuang dengan aman. hasad dengki dan rasa tidak puas hati mesti dijauhkan. semangat patriotik perlu ditanam dalam setiap generasi. rasa bersyukur hendaklah menjadi amalan. yang penting tau dan faham sejarah. perlembagaan mesti dihormati. pemimpin boleh dikritik tapi dengan rasional. guna saluran yang sebenarnya. niat mesti bersih dan murni.

Salam sejarah..

3 comments:

  1. mungkin budak tu nak prektis english dia kot... maklum la masih belajar...

    ReplyDelete
  2. Setuju :)

    Penggunaan Bahasa Melayu perlu sangat dititikberatkan di kalangan anak-anak muda pada zaman ini - Melayu, Cina, India dan lain-lain.

    Mahu sangat sekiranya negara Malaysia ni boleh jadi seperti Perancis dan Jepun, di mana mereka lebih banggakan bahasa ibunda mereka sendiri.

    Pernah jumpa beberapa pelajar yang tak reti berbahasa Melayu especially Cina dan India. Seperti anda kata, sepatutnya untuk menjadi warganegara seharusnya fasih dalam bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  3. Memang benar betapa bertuah negara jepun dan perancis yang mempunyai warga yang amat cinta dan bangga dengan bahasa mereka.

    Warga Malaysia terus dijajah dan bangga dengan bangsa asing yang kononnya lebih nampak ada klas dan uptodate.

    ReplyDelete