Orang membajak sawah cik Dawam,
kerjanya banyak sampai ke malam,
tuan bijak saya pun faham,
cuba belayar di lautan dalam.

Tampak mukanya Datuk Penggawa,
sambil menimang keris pendua ,
apa ditanya ilmu dan petua,
tahukah di lautan bersabung nyawa.

Petir berdentum angin menderu,
hujan turun di laut dalam,
sudah kutuntut petua guru,
berenang di laut macam di kolam.

Buah nenas dari kelebang,
isikan mari dalam perahu ,
kalau dah lemas kena gelombang,
hilang nafas baru kau tahu.


sekian.