Monday, May 3, 2010

Perhubungan terbuka kesetiaan diketepikan

Arus kemodenan ini menyebabkan ramai masyarakat lebih selesa dengan perhubungan terbuka. Tambahan pula dengan wujudnya alam maya yang lebih canggih dan bergaya seperti facebook, twitter dan sebagainya. Bercerita atau bertukar2 idea di maya juga bukan satu kejanggalan lagi. Itulah dunia tanpa sempadan. Konsep perhubungan secara terbuka ini boleh juga dikaitkan dengan komunikasi meluas. Malahan untuk berniaga pun kini banyak dilaksanakan menerusi alam maya. Perhubungan ini memudahkan pelbagai urusan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Ada seorang doktor menyatakan perhubungan secara terbuka ini tidak menuntut komitmen termasuklah hal2 perkahwinan. Oleh itu, ia amat bercanggah dengan amalan kehidupan masyarakat di negara ini yang mementing tanggungjawab dan kesetiaan untuk keluarga, bangsa dan negara. Kita perlu elemen kejujuran , kepercayaan dan kasih sayang untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral tinggi. Namun lain pulak jadinya bagi mereka yang mahukan kebebasan.

Jadi hubungan secara terbuka itu sebenarnya bukan budaya warga negara ini walaupun banyak faktor kebaikan di alam maya. Yang penting kita kena pandai memilih bahan dan suasana. Cuma ada berpendapat bahawa perhubungan terbuka ini tanpa sebarang komitmen boleh menyelamatkan seseorang itu dari ditimpa kekeciwaan jika berlaku putus hubungan. Ia juga memberi impak dapat ramai kawan baru dari merata tempat. Mereka boleh memberi pelbagai pendapat tanpa ada bantahan atau kongkongan.

Cuma bagi saya perhubungan terbuka adalah ikatan longgar dan ketepikan kesetiaan dalam hubungan. Lalu kecurangan sering berlaku. Ini menyebabkan wujud perasaan marah dan cemburu. Sebagai insan biasa kedua2 perasaan ini adalah resam dalam menjalinkan hubungan sehingga boleh menimbulkan konflik.

Nah! perhubungan terbuka itu lebih tepat dikaitkan dengan pergaulan bebas. Malahan ia bercanggah dengan hukum agama dan budayan di negara ini. Disebabkan ia hubungan yang berbentuk maya maka ia tidak kekal lama. Namun yang sedihnya perhubungan terbuka ini menyebabkan ada kalangan individi mempunyai hubungan intim dengan beberapa pasangan pada satu2 masa. Ia akan menimbulkan masalah moral dan ini mencemarkan kesenambungan generasi bertamadun murni.

salam...

No comments:

Post a Comment