Sunday, May 2, 2010

kisah menjadi wartawan

Melihat foto2 Kak Dayang Salmah saya teringat ketika kerja sebagai wartawan. Dayang salmah merupa wartawan wanita pertama Sabah negeri di bawah bayu. Dia sentiasa dengan kamera dan buka notanya. Seorang wartawan/penulis yang kreatif dan prolifik. Berita tulisannya sering tersiar di akhbar2 tempatan ketika itu terutama di akhbar Sabah Times dan Daily Express. Setiap hasil tulisannya saya mesti baca. Kebetulan ketika itu boleh dikira wartawan wanita di Sabah. Jadi dia seolah2 jadi mentor saya. Saya suka melihat penampilannya ketika itu. Beliau juga antara penulis yang kerap hadir jika ada aktiviti sastera seperti majlis baca puisi.



Suatu ketika semasa menghadiri assignment tiba2 saya jadi marah ketika seorang lelaki yang gatal (agak gitu le) merabah punggung saya. Apa lagi saya menjerit. Rupa2 rakan saya Maria Dangin pun kena juga. Kami pun menyumpah agak panjang. Aduh! sakit hati betul. Maria juga satu2 wartawan yang aktif di zaman 80-an dan 90-an. Agak lama saya tidak jumpa dia.



Seorang lagi sahabat wartawan wanita ialah Salbiah Jabrin. Dia menulis berita/rencana dan sastera kreatif. Saya suka hasil tulisannya. Ketika itu dia editor di Sabah Times. Ketua pengarang pula ialah abang Emin Madi. Mereka banyak membantu saya semasa menjalani latihan amali di akhbar berkenaan.



Ada antara artikal saya diterjemahkan dalam bahasa inggeris dan bahasa kadazan. Ia tersiar di akhbar Sabah Times dan Daily Express. Sesekali tersiar juga puisi dan cerpen di akhbar yang sama. Nah! inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Ia kenangan abadi. Ada berlaku disebabkan berita yang saya tulis sikit kena saman mahkamah. Punya gerum masa itu. Maklumlah ia melibatkan politik. Ketika itu Parti Berjaya memerintah. USNO dan parti2 lain pembangkang.

salam..

No comments:

Post a Comment