Sunday, May 2, 2010

Rentatan Muzik

Minggu lepas jiwa saya tiba2 berubah. Tanpa sedar ketika menghadiri bengkel di Port Dickson saya amat suka irama rock. Lalu saya masuk dalam kekawan yang suka rock. Sebelum ini cuma suka2 ja kerana saya lebih tertarik kepada irama warisan (cth inang/zapin/asli/R & B). Nah! sekali air bah sekali pasir berubah. Gitu le juga dengan manusia bernama Ariah Judah. Rupa2nya pada hujung minggu tu jiwa saya bagai diguris serpihan batu. Ia terluka. Pedih. Sesekali terasa sayu. Minda terganggu seketika. Ada sendu yang dalam. Jiwa tiba2 jadi kasar. Ada melodi memberontak. Aduh! kenapa begini jadinya? Mungkin juga ada kaitan dengan muzik rock itu. Hahaha...

Yang penting saya suka muzik. Muzik instrumental menyentuh jiwa. Ada ketenangan di dalamnya. Semalam saya terlena dibuai irama lagu dari Bali. Muziknya bersih. Meresap ke jiwa. Lampu samar2 pulak! Aduh! tenang rasanya. Saya terlupa perkara yang lalu, masa kini dan akan datang. Memang benar bila ke spa ada suatu yang kita rasa. Cuma saya tidak lama di sana kerana pada sebelah malamnya ada tugas di Istana Budaya(IB)

Semasa di IB halwa telinga ialah muzik rancak irama indang, asli, joget dsb. Malam tadi menyaksikan pementasan teater Teratak Minang arahan Sdr Lokman Ghani. Ia kerjasama dua negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia (Padang). Kombinasi pelakon pun dari kedua2 negara. Kali pertama tgk elly sukasih, eddy selitongga dan beberapa pelakon baru dari Indonesia. Dari Malaysia dibawa Datin Rosnani Jamil. Liz Rosli, Razali Buyung dan ramai lagi.
Memang indah pementasan itu... ada yang dibawa pulang.

Balik ke rumah saya mencatat di FB. Bicara dengan kawan2. Lewat jam 2 pagi baru nak tidur. Mata tak nak tidur. Pedih di pejam. Muzik berdendang di telefon bimbit hingga ke pagi. Pelbagai irama dan lagu. Ia mendodoikan saya. Teringat ketika kecil lagu ibu mendodoikan kami...ye kenangan

Nah! yang jelas dalam muzik ada cerita serta kesan. Cerita suka, gembira dan duka lara . Ia adalah perjalanan. Jiwa yang menciptanya. Minda juga bekerja untuk jadikan irama itu nyata. Lantas bila didengar muzik itu ada yang terdodoi, dibelai, dirasuk dan lain2nya. Kerana muzik itu hidup. Ia sebahagian daripada saham kehidupan.

Salam Muzikku..

No comments:

Post a Comment