Tuesday, May 11, 2010

Telinga panas lagi...

Kerap sangat saya mendengar ayat...tidak memberi kerja (ye ke?). Satu lagi.....pejabat YB menteri tidak menerima keratan akhbar itu. Aduh bagi kaca terhempas ke batu. Pecah berderai. Remuk rasanya. Ayat2 ini wujud di waktu2 unit pr nak digabungkan dengan bahagian dan unit lain. Ada2 saja cerita yang boleh menjejaskan semangatku bersama kawan2 lain. Kenapa ayat2 ini tercipta. Apa tujuan di sebaliknya?

Saya terus mendengar walaupun cuping panas membara. Hati terus tertanya2. Kenapa begini jadinya. Hari ini terdengar lagi frasa itu. Hati tersinggung. Pejabat YB menteri tidak terima keratan akhbar. Nah! setiap hari sebelum 9.30 keratan itu dihantar. Jadi kemana perginya. Memang hairan dan pelik. Hilang ke tiba2 keratan akhbar itu. Berdarau darah saya sehingga saya minta ditanya kepada Setiausaha Media. Katanya tidak pernah komplen. Namun bagaimana frasa itu wujud siap disebutkan nama beliau. Ada lagi ayat baru...sekarang baru terima. Begitulah dinyatakan. Selama ini dihantar setiap pagi berserta memo. Adakah keratan itu terus ke bawah meja atau memang tidak mahu tengok. Atau tidak sampai ke tangan dia. Atau sengaja direkacipta. Terkilan dengan kata2 berkenaan.

Tertanya2 lubuk hati apakah sebab segalanya ini wujud? Di manakah semangat bekerjasama. Terus komplen saja. (untuk apa ye? adalah lebih baik bertanya terus kepada saya) Andai khidmat kami tidak penting atau tidak diperlukan lagi baik kami berundur. Saya tidak mahu terus difitnah. Bukan mudah untuk melupakan benda yang tidak benar. Entahlah sejak seminggu dua ni memang saya agak kurang motivasi. Terasa macam terpinggir dan tidak dihargai.

Prinsip saya tidak mau menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri. Jadi saya hairan unit saya selalu kena komplen demikian sedangkan kami tidak kacau orang. Skop kerja dilaksanakan seperti biasa kecuali ada arahan urgent. Mudah2an saya bersama kawan terus sabar menghadapi situasi ini. Kami akan berkhidmat selagi boleh.

Telinga panas memanjang pun menyebabkan fikiran tidak tenang. Sesekali jiwa memberontak. Lalu timbul prasangka. Saya tidak mahu perkara ini menguasai kewarasan diri. Bagaimana untuk menghentikan perkara ini. Setiap kali mesyuarat atau berbincang setiap itulah ia disebut. Kenapa ye? Namun, selepas itu dinyatakan (mungkin nasihat) pula tutup buku lama buka buku baru. Lupakan yang lama. Mula hidup baru. Tapi macam mana tutup dan buka jika sering perkara yang melukakan hati itu disebut2.

Ya Allah! bagikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah kebenaran yang kerja sebenarnya dilaksanakan. Bagikan petunjuk bagi mereka yang tidak bercakap benar dan punya niat yang tidak bersih (sekiranya ada).

salam telinga panas - jiwa terluka

No comments:

Post a Comment