Monday, May 10, 2010

Berakhirnya sebuah penghidupan

Hidup di dunia ini tidak ada yang kekal. Semua makluk akan kembali kepada-Nya jua. Kematian itu satu perjanjian yang setia dan pasti datang. Sebab itu kita digalakkan berusaha seolah hidup selamanya dan beramallah seolah esok matinya. Perlu berusaha untuk menempuh kehidupan supaya mendapat kedamaian, kebahagiaan, ketenangan, kesenangan dan kekayaan. Malahan kita juga lebih baik ramai kenalan dan kawan berlandaskan kejujuran dan keikhlasan . Kerana bila kita meninggal dunia yang ditinggalkan cuma nama dan kebaikan2 yang kita laksanakan. Saudara mara, sahabat andai serta kenalan akan terus mengingati. Dan adalah menjadi tugas kita mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.

Manakala beramallah seolah esok akan mati secara simboliknya menekankan supaya kita sentiasa menurut segala perintah Allah SWT. Melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan semua yang dilarang. Amal ibadat tidak perlu ditangguh atau mengikut arus waktu. Ini disebabkan kematian itu tidak ada lonceng khas berbunyi supaya kita tahu tarikh dan masa ia datang.

Hari ini saya bersama kawan2 menziarah isteri seorang sahabat yang meninggal dunia petang semalam. Dia memang sakit tapi belum lama. Cuma penyakitnya saya kurang pasti. Yang jelas saya nampak ketika dikapankan tadi badannya tidak nampak susut. Cuma mukanya pusat tapi sembam. Macam darah dia tidak dipam dengan betul. Andaian saya sahaja. Anak2 dia ramai menguruskan dia dimandi dan dikapankan. Cuma mereka buat di ruang tamu rumah dan disaksikan oleh ramai orang. Saya maklumkan dengan kawan jika di tempat saya mayat itu akan diletak di sebelah tabir. Ini disebabkan bagi mengelakkan dia dipandang oleh mata yang tidak baik pandangannya. Mudah2an rohnya dicucuri Allah rahmat.

Sepanjang berada situ juga saya tidak dengar orang membaca yasin terutama di kalangan orang perempuan. Mungkin mereka sudah baca atau sekadar datang ziarah saja. Selain itu, saya dimaklumkan anak yang tidak datang menjenguk sejak sekian lama juga ada hari ini. Aduh! sudah meninggal baru sibuk nak tengok. Kalau saya baik dia tidak payah datang. Tambahan pulak orang sudah ramai dan mereka boleh membantu jika perlu. Entahlah budak2 sekarang. Terlalu ikutkan hati. Tambahn lagi bila boleh hidup sendiri.

Kini, berakhirnya sebuah kehidupan. Yang hidup perlu teruskan tugasnya untuk dunia dan akhirat. Sang suami kena pintar sesuaikan diri segalanya buat sendiri. Tidak usah harap anak2 (walaupun ramai) kerana mereka juga ada urusan tersendiri. Anak2 sekarang kurang peka dengan keperluan keluarga. Tidak faham, kurang faham atau pura2 tidak faham, macam2 boleh berlaku.

Selamat tinggal dunia. Kenangan dibawa dengan sebuah kematian yang belum pasti apa yang terjadi seterusnya. Dunia ini cuma pinjam2an akhirat juga yang kekal. Semoga roh arwah itu dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman....

No comments:

Post a Comment