Tuesday, May 4, 2010

murni hati seorang anak

Alhamdulilah saya amat gembira mendapat berita adik mie balik kampung kerana ibunya tidak sihat. Saya terus mendoakan ibu akan sihat bahagia. Namun tahniah kepada dia kerana kasih murni seorang anak itu tebal di jiwanya. Sifat penyayang seperti mie bukan semua anak muda memilikinya. Tambahan lagi jika ada kerjaya. Mulale kata sibuk dan tidak dapat cuti.

Sebentar tadi dia bagitau lagi bahawa Jumaat ni dia balik kampung lagi. Tengok ibu. Inilah jiwa seorang anak lelaki yang perlu dicontohi. Saya bangga dapat adik cam dia (adik angkat le). Mudah2an dia dalam keberkatan Allah swt. Panjang umurnya dengan kejayaan yang berpanjangan. Saya tahu dia sibuk maklumlah kerja dengan stesen tv. Tentu macam2 assignment. Perlu buah kajian dan sediakan pelbagai bahan. Teruskan perjuangan mie...Insya allah di depan sana ada cahaya yang datang kurniaan-Nya.

Syorga di telapak kaki ibu. Itu ada kebenarannya. Ibu yang melahirkan dan membesarkan kita dari sekecil tapak tangan. Suara dodoinyanya melelapkan mata bayi yang masih putih bersih itu.
Seorang ibu sanggup menempuh pelbagai dugaan demi membesarkan anaknya. Usah berfikir panjang jagalah ibu kita. Biar hatinya senang dan gembira. lalu kesihatannya terpelihara. Nah! bila dia punya hati yang bahagia tentukan sihat terbela.

salam sayang...

No comments:

Post a Comment