Tuesday, May 4, 2010

Bersalin di talian 999

Bersalin di talian 999. Bunyinya memang pelik tapi ia berlaku. Ini kisah benar. Benar berlaku di kawasan Wilayah Persekutuan. Semua faham keadaan di Kuala Lumpur ini yang sentiasa sesak dan kenderaan bertali arus tidak kira jam. Cuma ada sesetengah jalan sahaja yang tenang untuk dilalui. Lalu berlakulah perkara2 yang segera dan tidak dapat dibendung lagi...



Nah! ceritanya macam ni....suatu hari seorang wanita sakit perut mahu bersalin. Suami tidak ada di rumah. Mujurlah ada kawan(jiran) yang perihatin. Kawan itulah yang membantu dia memanggil ambulan. Sekarang ini pula ada disediakan kemudahan dail terus 999. Betapa untungnya rakyat negara ini. Namun sikawan itu risau kerana kesakitan yang dialami kawannya sudah sampai memang mau melahirkan anak.

Dia pun memberitahu 999 yang kawannya memang mau bersalin masa itu juga. Masanya sudah tiba. Sibayi mau melihat dunia. Air ketuban sudah keluar. Mujurlah dia tidak penik. Apa lagi dia pun terima arahan melalui talian 999 untuk membantu kawannya bersalin. Orang yang bercakap di talian itu memberi panduan tindakan yang perlu diambil. Boleh dikatakan dia mahir juga terima arahan. Ambulan sampai tali pusat bayi itu telah dipotongnya dengan arahan melalui talian 999.

Selamat semuanya...

No comments:

Post a Comment