Tuesday, May 4, 2010

Rambut panjang mengurai

Betapa cantiknya seorang gadis yang rambutnya panjang mengurai. Apa lagi jika ikal mayang. Hitam berkilat. Itu zaman dulu. Sedari kecil tugas ibu jugak ialah menjaga pertumbuhan rambut anaknya terutama anak perempuan. Rambut itu adalah mahkota wanita. Malahan ada perumpamaan kasih sayang yang abadi iaitu bagai rambut tersimpul mati. Nah! amat mendalam maknanya.

Kini rambut panjang menghurai hanya tinggal kenangan apabila seorang kawan namanya zaleha (bukan nama sebenarnya)membawa diri ke kota. Kota yang menjadi idaman setiap penduduk desa yang ingin mengubah cara hidup. Ia tempat mencari rezeki. Zaleha mendapat kerja di sebuah jabatan kerajaan. Rambutnya yang panjang menghurai jadi tetapan kawan2 di pejabatnya. Ramai yang terpesona dan memuji rambutnya yang ikal dan hitam berkilat itu. Mula2 percubaan 6 bulan lepas itu ia diserapkan menjadi kontrak. Dia seorang pekerja yang rajin dan pandai membawa diri.

Setelah lebih dua tahun bertugas di kuala lumpur Zaleha semakin pandai selok belok kota dan kawan pun kian ramai. Suatu hari dia berkenalan dengan seorang kawan baru dan lebih lama berada di kota. Kata2 semangat kawan yang tua 3 tahun dari dirinya itu menyebabkan Zaleha semakin hari semakin rapat dengannya. Kini dia semakin berani keluar malam. Akhirnya dia menemui jalan baru untunk tambah pendapatan. Kawannya pandai memujuk dan dia bekerja di kelab malam.

Rambut panjang menghurai dipotong pendek dan diwarnakan perang. Ia bertujuan supaya dia menjadi lebih bergaya dan ada stail gadis kota. Setiap malam dapat duit banyak. Kawan2 di pejabat pun semakin hairan dan setiap teguran mereka tidak pernah dihiraukan Zaleha. Dia semakin aktif dan akhirnya dia berhenti kerja di jabatan kerajaan dan tumpukan pada kerja barunya.

Tuhan masih sayangkan dia tiba2 rambutnya gugur sehingga dia terpaksa menggunakan rambut palsu. Semakin hari kepalanya kian botak. Dia pun malu dan jarang balik kampung. Suatu hari dia terima kiriman surat daripada ibunya. Tanpa berlega dia membuka sampul warna coklat itu. Sekeping surat kertas warna biru dan sekeping fotonya. Tiba2 dia menangis sekuat hatinya. Kawan serumah mendekati dan Zaleha menunjukkan foto dia berambut panjang menghurai itu. Kawannya merenung tepat wajah zaleha sambil menggeleng2 kepalanya.

Rambut palsu dibuang dari kepalanya. selepas itu dia memeluk erat kawannya sambil menangis teresak2. Nah! rambutnya kini telah musnah. Namun masih ada peluang untuk insafkan diri dan kembali ke pangkal jalan.

Zaleha bersihkan diri dan mulakan hidup barunya...

No comments:

Post a Comment