Tuesday, May 4, 2010

Kesempurnaan iman

Setelah membaca petikan yang sumbernya dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, maka hati terbuka untuk melihatnya seketika. Ia berkaitan dengan suasana kehidupan masa kini. Perubahan memang berlaku tetapi tidak semesti kita terlupa terhadap kemesraan diri dan kesempurnaan iman.

Nah! dalam sebuah hadis riwayat Ahmad ada menyebut Rasullullah SAW ada bersabda yang maksudnya begini," Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.

Ketiga2 perkara yang disebut itu memang amat dekat dengan diri setiap orang. Misalnya memberi salam itu suatu sombol kekuatan ukhuwah yang dituntut oleh Islam. Kita mesti saling menghormat antara satu sama lain di bumi Tuhan ini. Malahan dengan salam boleh mengeratkan perpaduan dan mengeratkan kasih sayang. Ia juga menyebabkan timbul persepsi bahawa dia seorang yang baik dan tidak sombong jika dengan mudah dan iklhas memberi salam berbanding dengan orang yang berat mulutnya mengucapkan salam.

Manakala berkaitan dengan adil dengan diri sendiri dapat diperkatakan seseorang itu mesti peka dan tahu meseimbangkan keperluan hidupnya sama ada dari segi rohani dan jasmani. Ia dapat dikaitkan dengan keteguhan spritual demi menguatkan jiwa dan mindanya. Namun perlu juga dititikberatkan unsur material dan intelektuan untuk menjayakan kehidupan. Semuanya saling berkait untuk mencapai ketenangan dan kedamaian yang seimbang.

Seterusnya tentang harta benda atau wang ringgit yang dikurniakan Allah kepada semua hamba-Nya. Ramai orang lupa diri apabila menjadi kaya raya. kasihan mereka seperti ini. Hakikatnya harta yang dihimpun itu adalah amanah Allah swt dan ia perlu diurus dengan penuh tanggungjawab. Ia hendaklah dibelanjakan dengan sewajarnya mengikut lunas2 yang betul. Lalu perlu diingatkan zakat hendaklah dikeluarkan terhadap harta itu jika cukup hisabnya. Tuhan akan memberi segala keberkatan terhadap harta benda atau ringgit yang telah dizakatkan.

Dapat disimpulkan untuk mendapat kesempurnaan iman itu, maka sifat kedekut dari semua segi merangkumi mengurus dan membelanja harta benda/ringgit, adil kepada diri sendiri dan memberi salam semestinya tidak ada dalam kamus kehidupan. Jadi adalah lebih baik kita mengamalkan sifat2 murni untuk menerajui kehidupan sementara ini dengan memeliharakan kesempurnaan iman.

salam kesempurnaan iman..

2 comments:

  1. TQ for sharing..nice info..

    salam kenal dari sayer yer..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali ye. saya pun berbesar hati dapat berkenalan. moga boleh berkongsi idea dan ilmu ke arah kebaikan ye...nanti saya tulis lgi. take care

    ReplyDelete