Tuesday, May 4, 2010

Biru itu ketenangan

Salam ketenangan pada jiwa setiap insan yang membaca catatan ini. Rabu adalah hari pertengahan minggu. Nah! warna hari ini biru. Tentu ia membawa cerita yang tersendiri. Biru itu ketenangan dan keharmonian. Ia juga melambangkan kedamaian dan kesetiaan. Lalu biru auranya memaniskan senyuman si pemakainya. hehehe

Untuk menepati tema hari ini hingga lewat malam pula memadankan baju dan tudung. Aduh! binggung jadinya. Namun mahu juga ada warna biru itu sebahagian daripada pakaian hari ini. Baju kurung batek ada tanah kurung tapi biru pun ada. Tudung biru macam2 jenis. Apa lagi siaplah kena buka dari simpanan untuk dipadankan dengan baju. Sudah rezeki akhirnya jumpa le...nasiblah buat sendiri.

Bukan terlalu terikat dengan warna dan auranya. Tapi yang penting amalkan disiplin supaya baju dipakai ikut giliran. Jadi pandai2lah cari bahan supaya ada cara untuk amalkan dispilin itu. Aura dan warna dalam pemakaian lebih dekat dengan hati setiap orang (tidak semua mementingkannya).

Salam aura...

No comments:

Post a Comment