Tuesday, May 4, 2010

Jiwa tenang dengan muzik

Hari ini mesti kuat. Bisik hatiku. Keluar rumah jam 6.45 pagi. Gelap lagi. Memang kena keluar awal. Lalu lintas di jalanraya masih lenggang. Namun jiwa masih memberontak. Kenapa mesti aku dianiaya demikian. Terganggu pinda. Aduh! dia datang datang lagi... mungkin amat tersentuh jumaat lalu. Semasa ke spa ahad lepas sudah hilang ingatan tentang perkara pindah. Namun bila datang Isnin wujud lagi. Semua barang kena angkat sendiri. Ya inilah dugaan. Orang lain pindah ada kontraktor angkat. Pr pandai2 le minta belas orang.

Lalu dalam ingat menjangkau ke suasana pindah itu tiba2 terdengar bunyi instrument. Sayup2 didengar. Best jadinya. Selepas itu lagu agak rancak sikit. Lagu lama nyanyian Zaleha Hamid dan Aziz. Tajuk tidak ingat. Terus sambung lagu rossa. Nah! tenang rasanya. Muzik membantu memanjangkan ketenangan kita. Anuar zain pula menyanyi dalam perjalanank. Terima kasih juruhebah kerana tahu aku sedang mencari ruang untuk melupakan peristiwa fitnah itu.

Apapun sebagai insan aku tahu setiap detik dan masa kita diberikan dugaan yang datang dalam sedar dan tidak sedar. Kuatkanlah imanku Ya! Allah.

Salam tenang bersamamuzik...terima kasih

No comments:

Post a Comment