Tuesday, May 4, 2010

Mas Idayu buat gempar

Tindakan Mas Idayu meminta protegenya berhenti menyanyi ketika siaran langsung rancangan Mentor di TV3 baru2 ini menimbulkan tidak puas hati di kalangan beberapa pihak. Namun yang pasti niatnya baik kerana tidak mahu Shaq, anak didiknya mendapat malu kerana bentuk nyanyian akan kurang bermutu. Nah! tentu dia akan dikutuk pulak. Impaknya juga Mas Idayu yang kena. Yang pasti Shaq tidak sihat. Melihat sebab itu jelas Mas Idayu perihatin dan sayangkan protegenya. Apa yang saya tahu dia seorang yang baik hati. Cuma dia selalu cakap lepas.

Menurut kawan2 dia suka bantu orang. Sebelum terkenal sebagai penyanyi mas Idayu pernah bersama kumpulan Pentarama Jabatan Penerangan setikar tahun 1980-an. Katanya, Mas Idayu ini memang seorang yang baik hati. Ketika itu gaji bukan besar. Namun dia tidak lokek untuk belanja kawan2 jika ada duit. Kata Mat (bukan nama sebenarnya) mas Idayu seorang yang pemurah. Malahan disebabkan dia pemurah dan sifat manja itu menyebabkan ketika dahulu timbul gosip.

Dia juga seorang yang semangat kental dan berani. Namun sifat budi bahasanya tetap ada. Sebagai contoh dia memohon maaf kepada penerbit protege itu siap kirimkan email lagi. Tindakan sebegini bukanlah luar biasa jika dilihat dari segi komitmen. Cuma orang kita belum kuat untuk menerimanya


Selamat maju jaya...

2 comments: