Sunday, May 9, 2010

Ikan masin laris di China

Ikan masin itu masin tapi sedap jika dibubuh limau atau masak lemak. Ia merupakan makanan tapi dalam kategori lauk pauk. Hakikatnya, hidup perlu makan di manapun berada. Makanan pula pelbagai jenis dan rasa. Jika makanan tidak ada maka kebuluranlah jadinya. Kesihatan manusia juga akan terjejas. Malahan mungkin juga ada yang akan meninggal dunia. Begitulah terjadi di negara2 miskin atau dalam keadaan tidak aman.

Nah! kita bicara tentang makanan di negeri China. Seorang kawan menceritakankan bahawa pengalamannya semasa membuat program masak memasak di negara itu. Ia antara negara terawal menerima kedatangan agama Islam . Jadi tidak hairan ia mempunyai penduduk Islam yang ramai .

Katanya orang2 China suka makan. Salah satu makanan yang laris ialah ikan masin masak lemak. Jadi, semua ikan masin yang mereka bawa habis dijual di sana. Lalu saya bersama adik Ifa dapat idea untuk membekalkan ikan masin ke China. Kami pun rancang dan kira untung dan rugi juga pembekal. Tidak lama ketika bincang itu datang seorang kawan (juga minat berniaga) menyatakan ada kawan pembekal ikan masin. Nah! tambah cerah rancangan berniaga ke luar negara itu. Aduh! tinggi angan2 kami. Saya pun kata akan bertanya kepada seorang kawan yang akan balik dari Shanghai . Boleh tanya dia tentang cara dan pendekatan perniagaan di negara berkenaan.

Saya pun berjumpa dengan dengan Amm yang baru balik dari Shanghai. Kami pun bincang tentang cerita ikan masin itu. Namun katanya, dia menghadapi masalah di sana mengurus barangan yang di bawa dari Malaysia untuk program sempena Minggu Malaysia di Shanghai. urusan kastam Shanghai ketat dan susah sekali.

Nah! melihat keadaan demikian maka sudah tentulah berniaga ikan masin pun akan menghadapi masalah dengan pihak kastam. Negara China memang mengamalkan tidak menggalakkan barangan dari luar masuk ke negaranya. Setiap barangan yang di bawa masuk dikenakan cukai lebih kurang 60% dari harga asal. Banyaknya cukai kena bayar. Namun yang jelas mereka memudahkan barangan dari negaranya dibawa keluar. Jadi, inilah polisi mereka untuk memajukan barangan yang diperbuat di China. Kini, ternyata barangan buatan China merata2 dijual di seluruh negara.

Negara China mahir membuat barang2 tiruan yang mempunyai kelasnya tersendiri. Tudung kepala, baju kurung, sejarah, talkung, kemeja, seluar, beg tangan, kaca mata, dan pelbagai jenis hadiah dibuat oleh tenaga di negara itu. Sepanjang yang dapat saya lihat di Kuala Lumpur berlambak barangan China sepeti di Jalan Kenanga, Wisma GM, Jalan Petaling, Chow Kit dan banyak lagi. Begitu juga di kota metropolitan London banyak hadiah2 kecil hingga besar (mahal dan murah) kebanyakannya dari China. Begitu juga berlaku di Madinah dan Mekah, kebanyakan barangan di Kedai 2 riyal adalah dari China. Di Indonesia pun banyak barangan dari China.

Lalu orang China memang terkenal dengan dunia perniagaan dan mencapai kejayaaan demi kejayaan. kebetulan kos pengeluaran dan buruh pun murah dan tidak membebankan pembekal.

Banyak kilang dibina di merata negara itu yang kebetulan mereka mahir membuat barangan branded yang mempunyai kualiti yang baik tapi boleh dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding yang original. Namun buatan barangan itu tidak nampak tiruan jika seseorang itu tidak mahir dengan barangan berkenaan.


Jadi macam mana nak bawa ikan masin ke China? Kawan kata dia akan bertanya dulu cara dan strategi yang terbaik untuk memasarkan barangan berkenaan. Jika berjaya maka akan berlakulah perniagaan eksport dan import. Satu kejayaan untuk negara ini dalam pertukaran barangan yang tradisional. Mudah2an angan2 itu nanti akan menjadi kenyataan. Amin.



salam...

1 comment:

  1. Semoga peluang untuk kembangkan perniagaan di CHINA....

    ReplyDelete