Saturday, May 8, 2010

Jasa ibu tidak terbalas sepanjang hayat

Syorga di bawah telapak kaki ibu. Jasa ibu tidak terbalas sepanjang hayat. Kekayaan yang diberi kepadanya hanya sebahagian daripada menghargai kasih dan sayangnya. Hakikatnya segala kewujudan kita di bumi ini kerana lahir dari rahim ibu. Dia mengandung selama 9 bulan. Bukan mudah untuk mengandung dan berdepan dengan kerenah kehidupan. Namun seorang ibu tetap tabah dan gembira menanti sebuah kelahiran. Kesabarannya tidak ternilai harganya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Namun dia tetap tersenyum membelai perutnya. Jiwa seorang ibu itu murni.

Nah! kini telah diwujudkan Hari Ibu. Pelbagai rancangan diatur untuk meraihkan Hari Ibu. Penghargaan untuk hari istimewa itu patut dipuji. Ketika ini semua lagu2 berkaitan ibu kerap disiarkan di sorong2 radio. Begitu juga rancangan di televisyen. Drama tentang ibu dalam bahasa Melayu dan Inggeris juga bahasa2 lain pun disediakan sempena perayaan hari berkenaan.

Bagi saya setiap hari adalah istimewa untuk ibu. Saya pasti menelefon ibu. Dan ibu saya pun tidak menunggu Hari Ibu untuk meraihkan dia sebab kami adik beradik sentiasa menghargai dia. Saya tidak pernah menunggu Hari Ibu setiap tahun. Namun biarlah mereka yang meraihkan Hari Ibu dengan cara tersendiri. Yang penting setiap orang hendaklah menghargai jasa ibu dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.

Ibu hanya seorang. Dia tidak boleh ditukar ganti berbanding dengan suami atau isteri. Suami atau isteri boleh diganti jika jodoh masih ada. Dan jika seseorang itu tidak lagi sesuai boleh mengambil jalan untuk tidak bersama. Nah! nyata suami atau isteri tidak mustahil boleh mendapat ganti yang lebih baik dari sebelumnya. Cuma perlu dinyatakan ada sesetengah orang sanggup patuh dengan isteri misalnya sehingga sanggup membelakangkan ibunya kerana sayangkan isteri. Bagi saya jika isteri seseorang itu tidak menyayangi ibu suami baik dia bertaubat dan nilai diri semula. Itu tindakan sewajarnya kerana suaminya tidak ada tanpa ibunya. Begitu juga dengan seorang suami, tidak wajar terlalu tamak sehingga melarang isteri berbakti kkepada ibu. JIka berlaku demikian bererti akhlak dan imannya belum lengkap.

Seseorang anak lelaki tetap bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun punya isteri yang canti dan kaya raya. Jangan berlaku seperti dongeng SiTanggang tolak ibu kerana takut kehilangan isteri dan kekayaan. Maka, jadilah dia sebuah patung yang tidak berguna dan tersandai di tepi pantai. Inilah menjadi pengajaran supaya semuanya celik terhadap pengorbanan ibu itu perlu ditatang dan menjaga ibu sepanjang hayat.

Hakikatnya jasa ibu tidak terbalas walaupun dengan emas sekoyan . Ia bukan ukuran kerana harta hanya melengkapkan pencapaian kehidupan. Ibu melahirkan dan membesarkan anaknya tanpa rasa jemu dengan kerenah anaknya. Setiap hari doa dipanjat supaya anaknya hidup senang dan gembira. Kasih sayang ibu sepanjang hayatnya.

Sepanjang hayat kita ibu adalah segalanya. Tidak perlu tunggu Hari Ibu untuk menyayanginya. Hari Ibu sekadar peringatan asas terutama bagi mereka yang terlalu sibuk(agaknya begitu). Namun, bagi saya kita mesti memberi sebahagian ruang hati untuk menyimpan ingat, kasih, cinta dan rindu untuk ibu. Adalah baik selalu menelefon ibu bertanyakan keadaan, sudah makan ke belum dan apa program terbaru dia.

Memberi barangan untuk dia merupakan bonus untuk gembirakan dia. Setiap saya balik kampung saya wajibkan diri beli sesuatu untuk. Begitu juga apabila saya melawat atau bertugas ke luar negara dalam senarai yang pertama adalah nama ibu untuk dibelikan ole-ole. Memang sentiasa ingat dia berbanding senarai yang lain.

Ada juga kalangan kawan2 bercakap mereka terlalu sibuk uruskan anak, suami dan kerjaya sehingga jarang dapat telefon ibu di kampung. Amat sedih dengan cara ini. Ketika ibu membesarkan dia, ibu tidak pernah lupa menyusukan dia walaupun sibuk dengan kerja rumah dan lain2. Jadi kesibukan bukan satu alasan yang murni untuk mengelakan seseorang itu tidak berhubung dengan ibunya.

Yang menyedihkan lagi ada kalangan ibu yang mempunyai anak ramai dan berjaya terpaksa duduk di rumah kebajikan. Ada di antaranya sebab anak2nya sibuk dengan kerjaya dan tidak sanggup lagi melayan kerenah orang tua seperti ibunya. Betapa kotornya hati seorang yang sanggup menghantar ibunya ke rumah kebajikan sedang dia mampu menggajikan orang untuk menjaga ibunya semasa dia keluar untuk bekerja.

Apapun yang diperkatakan tidak alasan yang sebaik2nya memperkatakan jasa ibu selain sebagai anak mestilah sentiasa menyayani dan mencintai ibunya. Segala cabaran menjaganya tidak semudah ibu menjaga dan membesarkan anaknya sejak bayi. Kita perlu insaf dan terus insaf bahawa jasa ibu tidak akan terbalas walaupun dengan segunung harta. IBu adalah ratu hidup kita.

salam sayang ibu...

No comments:

Post a Comment