Tuesday, May 18, 2010

Gara-gara sambut hari jadi...

Apa sudah jadi? Orang kita amat terpesona dengan sambutan hari jadi sehingga dibuat di dalam kelas. Tahukah bila sebenarnya seseorang itu wujud dalam rahim bondanya? Atau sekadar mengikut budaya orang putih. Namun sayang seribu kali sayang orang putih bukan sambut hari jadi tapi hari kelahiran (birthday). Nah! tersalah tafsir lagi. Kenapa? sebab orang kita suka mengikut saja tapi meneliti dan memahaminya terlebih dahulu. Yang penting happy.

Gara-gara sambut hari jadi enam orang murid digantung sekolah. Saya setuju dengan tindakan itu. Mereka tidak berbudi bahasa dan buat perkara syok sendiri kerana buat perkara tanpa kebenaran. Namun masalah ibu bapa pulak yang membelah anak2nya yang buat salah di sekolah. Tindakan sekolah itu wajar kerana untuk pelajar mesti mematuhi peraturan di sekolah. Lagipun memang tepat ulasan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan bahawa hukuman atau tindakan gantung sekolah itu sebagai pendidikan untuk mengajar pelajar yang melakukan kesalahan. Namun beliau akan meneliti perkara itu selanjutnya.

Inilah masalahnya jika ibu bapa tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Bila buat tindakan ada sahaja yang tidak kena. Ibu bapa pelajar yang terbabit mengatakan tindakan sekolah keterlaluan kerana anak mereka digantung. Mereka terus menyalah sekolah. Kenapa begini jadinya? Apakah jadinya kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah ?

Hakikatnya pelajar berkenaan tidak patut buat majlis persendirian di sekolah tanpa kebenaran. Mereka berani tidak bertempat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak menghormati guru dan peraturan sekolah. Pihak ibu bapa sepatutnya tahu dan faham perkara ini. Ibu bapa sepatutnya tidak menyalahkan tindakan sekolah menggantungkan anak mereka. Memang anak mereka bersalah. Alasan akan menduduki peperiksaaan itu tidak munasabah kerana jika tindakan tidak dilaksanakan ia menjadi ikutan kepada pelajar lain. Nah! pihak sekolah akan dituduh tidak bertindak pulak!

Jadi yang perlu ibu bapa bagi pendidikan terbaik terhadap anak sendiri di rumah. Pendidikan bermula di rumah. Zaman saya, kuasa guru di sekolah dan di rumah ibu bapa saya. Kini saya menjadi orang dan sedar diri terhadap tanggungjawab sendiri. Ibu bapa zaman saya tidak ego dan tidak terlalu membelah anak tanpa usul periksa kerana mereka pandai menghargai tanggungjawab dan jasa sekolah.

Salam...

No comments:

Post a Comment