Sunday, May 23, 2010

Danau Toba menggamit rindu membuai kasih

Aku suka perjalanan ke bumi yang pernah dijajah Belanda selama 350 tahun itu. Memang tidak pernah kusangka akan tiba di sana dalam waktu terdekat ini kerana tidak terlintas dalam mindaku meniti perjalanan ke bumi indah itu. Namun itulah rezeki tak akan ke mana. Suatu ketika dahulu aku cuma menatap sejarah kini betapa ia terbentang di depanku dengan megah dengan sebuah keindahan yang amat mempesonakan.

Aku bersama azni, norehan, shahrina dan jamudin mengunjungi Danau Toba. Namun bukan mudah untuk ke sana kerana kami berdepan dengan beberapa dugaan. Pertama penerangan Air Asia ditunda yang menyebabkan kami tiba di lapangan terbang medan agak lewat. Kedua kami terpaksa menyewa teksi dengan harga yang agak mahal dari yang sepatutnya. Ketiga tempat tinggal di Hotel Zakia kurang selesa kerana bilik cuma menggunakan kipas kecil yang klasik. Kami menyewa tiga bilik. Bilik aku dan azni boleh tahan jugak berbanding bilik kawan sebelah. Namun alhmadulilah jugak ada tempat menginap malam itu. Keempat, kami menunggu pihak agensi (diurus dari Kuala Lumpur-Malaysia-beijing Travel Services Sdn. Bhd )sejak jam 8.00 pagi (waktu Indonesia) tapi tidak tiba sehingga mentari semakin terik. Kami semakin rimas dan mula runsing takut ditipu. Aku perhatikan Encik Din macam sibuk menghantar SMS tapi entah untuk siapa kurang pasti pulak. Nah! Azni dan Rehan beberapa kali cuba berhubung dan akhirnya berjaya. Rupa2nya wakil agens tu, Encik Sahala menyambut tetamu di lapangan terbang Medan. Kebetulan mereka agak terlewat mendarat. Biasalah penerangan Air Asia.

Sementara menunggu bus PARIWISATA bersama Encik Sahala datang kami menaiki teksi dan terus ke Pasar Ikan. Aku tidak terbayang apakah yang ada di sana. Ikannya banyak atau apa ye? Rupa2nya pelbagai barangan dijual seperti juga di Tanah Abang di Jakarta cuma suasananya kurang teratur. Mungkin juga bandarnya agak kecil dari Jakarta (bandar ketiga besar di Indonesia). Kami sempat melihat sekeliling dan mengenalpasti lot2 gerai yang barangannya agak menarik dan harganya patut. Selepas itu kami menaiki beca dan balik ke Hotel Zakia. Seorang penjual Tshirt datang dan Shahrina sempat membeli kerana harganya murah.

Tepat jam 12.30 tengahari seorang lelaki datang sambil tersenyum dan memperkenalkan diri wakil agensi untuk menjemput kami. Betapa bahagianya kerana penantian itu terisi jugak. Masing2 menarik beg dan terus ke bus PARIWISATA yang bertulis Selangor. Kami pun memulakan perjalanan dengan bunga2 harapan bersama seribu pertanyaan yang jawapannya mungkin akan ditemui nantinya. Encik Sahala pun memulakan tugasnya dengan memberi penerangan untuk sekitar kota Medan. Sesekali dia buat lawak yang menyebabkan aku rasa selesa dan hilang rasa marah kerana menunggu agak lama sejak pagi. Malahan kami menyedarinya bahawa pihak kami pun ada kesilapan.

Persinggahan pertama kali di makan tengahari di restoran masakan minang. Makanannya sedap. Selepas itu kami singgah di sebuah kilang batik dan talkung. Mulanya aku malas nak turun tapi demi perjalanan ni pelbagai persinggahan kugagahi turun. Harga barangan agak mahal dan kualiti pun kurang menepati citarasa. Untuk kenangan saya beli sehelai baju yang siap dipasang manik dengan harga Rp120. Kawan2 lain juga membeli masing2 seperti talkung, kain pelekat(tenun dan dibasahkan)dan kain batek.

Perjalanan ke Danau Toba mengambil masa lebih kurang lima jam. Kami melintasi pelbagai kampung dan hutan menghijau. Dalam perjalanan itu kami di bawah ke kedai Patent untuk membeli barangan makanan jenama Teng Teng, Ting Ting dan sebagainya. Aku dan kawan2 tidak membeli sebarang makanan. Kami tidak sabar untuk sampai ke Danau Toba itu. Selepas itu kami singgah di stesen minyak untuk singgah membeli air dan ke kamar kecil.

Pergerakan bus agak perlahan kerana mendaki bukit. Di kiri dan kanan pelbagai suasana dapat diperhatikan. Ada rumah kecil, sederhana dan besar. Pokok2 megah berdiri. Pokok fine melambai2 seolah tahu bahawa kami ingin membuai kasih dan mungkin ada rindu tercipta di sana nanti. Lewat perjalanan yang terancang itu kami tertidur. Sesekali bangun dan tengok keadaan perjalanan. Udara semakin dingin. Tambahan pula rintik2 hujan memulakan tugasnya menyirami bumi Tuhan.

Setelah puas meniti kesamaran jalan kerana tabir malam berlabuh ketika itu kami pun tiba di kawasan Danau Toba. Ya Allah dalam gelap samar itu aku amat pesona melihat sapaan birunya air Danau Toba. Alhamdulilah akhirnya kaki kerdilku menjejak juga di Danau indah itu. Hatiku berbisik esok aku akan puas melihat wajah Danau Toba. Kami masing2 menarik beg dan menuju ke tempat penginapan (Danau Toba Cottage) itu. Udara dingin menyapa kami. Encik Sahala mengiringi kami ke ruang makan. Dia pun memperkatakan sesuatu kepada petugas di situ dan memberikan kunci bilik masing2. Sebelum check in kami dijamu dengan makan malam yang lengkap dengan sayur hijau dan ikan. Sedap semuanya. Di cottage ini kami seramai 9 orang termasuk 4 orang rakan (baru).

Tidur kami sering terjaga malam itu. Lewat jam 6.00 pagi kami pun sempat shooting dalam bilik lewat pemandangan dari jendela cermin. Danau Toba menggamit rasa untuk dirakamkan dalam foto. Macam gaya dalam foto itu. Selepas itu jam 6.30 pagi kami turun ke restoran untuk sarapan tapi belum sedia. Kami ambil kesempatan itu untuk menatap wajah Danau Toba dan berfoto. Jam 700 pagi Encik Sahala dengan senyum gagahnya datang. Aku pun memberitahunya kami turun sejak jam 6.30 pagi. Dia tersenyum sambil menyatakan sarapan mula jam 7.00 pagi dan bertolak jam 7.30 . Barulah aku tahu gitu rupanya.

Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan. Kini kami bersama rakan2 lain. Kami semakin meriah. Memang suasana kami betul2 1Malaysia (ada Melayu, Cina dan India). Rasa seronok bukan dipaksa. Kami diberikan penerangan tentang perjalanan ke Pulau Samosir (saiznya sama dengan Singapura). Perjalanan ke kg Ambareta mengambil masa 45 minit. Pemandangan benar2 mempesonakan. Betapa besarnya kuasa Tuhan memberikan anugerah ini. Danau Toba amat luas dengan airnya membiru. Dalam perjalanan itu ada gelombang2 kecil. Aku agak terkejut apabila tiba2 terlihat tiga (3) orang kanak2 berdiri di depan dengan sebuah gitar kecil menyanyi beberapa buah lagu. Kami terhibur walaupun muzik ala kadar saja. Selesai menyanyi salah seorang daripada mereka menghulurkan plastik demi keperluan hidup. Tanpa gunda kami masing2 menghulurkan rupiah ke dalam plastik itu.

Kami pun tiba di Kg Ambareta. Sebelum itu kami diperingatkan guna mata kuda sahaja. Aku tertanya2 apa dia mata kuda itu? Akhirnya aku faham bahawa tumpuan untuk perjalanan ke depan tanpa melihat dan membeli. Selepas taklimat barulah dibenarkan membeli belah. Agak jauh juga tempat taklimat itu. Sesekali debaranku menyapa. Kugagahi jua perjalanan itu. Akhirnya kami di bawah ke kawasan yang ada bangku panjang. Kami pun diberikan taklimat mengenai sejarah penduduk kg. Ambareta itu. Ini termasuklah kesan sejarah Mahkamah bawah pokok. bangku batu dan kubur mereka.

Selesai taklimat barulag aku tahu kedatangan Belanda ke bumi Indonesia khasnya ke Kg Ambareta memberi kesedaran yang amat besar maknanya. Kedatangan kuasa barat itu menyebabkan mereka berhenti makan daging manusia (mereka yang dihukum bunuh dagingnya akan dimasak untuk dijamu kepada penduduk di kampung itu). Mendengar cerita itu terasa gerum dan loya pulak tapi apa boleh buat itulah budaya mereka ketika itu. Setelah melawat kawasan dan berfoto di sana sini kami pun dibenarkan melihat sekeliling. Pelbagai cenderamata yang menarik. Kain tenun amat menarik perhatianku. Aku sempat membeli dua helai kain tenun yang boleh dibuat alas meja dan sebagai selendang. Sebelum naik feri saya membeli kacang rebus. Rasanya tawar namun dimakan jugak kerana ia rezeki dalam perjalanan.

Perjalanan diteruskan ke Kg Tomok yang agak jauh jugak. Kira2 30 minit perjalanan untuk sampai ke kampung itu. Kali ini tidak ada kanak2 kecil yang menyanyi. Sekali lagi kami diminta berjalan dengan mata kuda. Perjalanannya lebih jauh ke dalam sehingga tiba di pinggir bukit. Kampung ini diduduki kaum batak mandaling. Taklimat banyak berkaitan sejarah raja kaum itu. Disentuh juga tentang hukuman dan bentuknya. Tempat (batu) memotong kepala masih dapat dilihat. Encik Sahala juga ada memberitahu orang2 di kampung itu ada kepercayaan tentang keajaiban pokok. Seseorang yang mempunyai hajat tertentu boleh menyentuh pokok itu yang kononnya akan memperolehinya hajat berkenaan selepas itu. Aku sekadar mendengar sambil mencatatkan beberapa bahan di minda.

Semasa di kampung ini setiap tetamu dipakaikan dengan selendang pelbagai warna sebelum mendengar taklimat. Seronok juga berselendang. Kami seperti ratu cantik pulak. Anehnya tetamu lelaki pun seperti ratu kacak pulak. Aduh! inilah catatan kenangan di bumi yang indah itu. Selepas itu kami dibenarkan ke kawasan gerai jualan. Aku sempat membeli sebuah beg yang dianyam bunganya. Mulanya teringin untuk membeli selendang warna merah tapi tidak dilayankan keinginan itu. Ia cuma jadi kenangan. Memang ia cantik dan kata penjual (wanita) ia siap ditenun dalam masa tiga(3) bulan. Begitu kuat mereka bekerja demi sebuah kehidupan. Kebanyakan kami membeli hasil tangan di kampung itu sebagai cenderamata untuk diri, keluarga dan kawan2.

Hari semakin lewat dan kami pun melintasi Danau Toba untuk jamuan tengahari. Masakan minang dihidangkan. Sedap.. Selepas itu perjalanan diteruskan menuju ke Berastagi. Betapa beratnya hati meninggal Danau Toba yang telah menggamit rindu dan ada kasih tercipta di sini. Mataku tidak puas memandang airnya. Wajah danau benar2 melekat di dadaku. Ingatanku seolah2 amat mesra dengan kebiruannya . Kutatap puas2 danau indah. Kufoto setiap sudutnya. Mujurlah perjalanan itu memang meniti di pinggir danau. Kutatap lagi dan kuhayati lagi. Kufoto lagi. Kupuji lagi segala keindahan dari-Nya.

Salam kasih dan rinduku...


Sele

No comments:

Post a Comment