Sunday, May 23, 2010

Danau Toba Airmata Seorang Wanita

Banyak cerita yang menyentuh kewujudan Danau Toba. Danau Toba wujud sejak 75 ribu tahun yang lalu. Airnya biru amat pesonakan siapa yang menatapnya. Ada keindahan yang terucap dengan kata2. Air jernihnya mengalir ke sungai sejauh 100km dan ia terus ke Selat Melaka. Betapa jauhnya aliran air hingga bertemu di kawasan dua negara serumpun.


Menurut Saudara Sahala( pemandu pelancong yang peramah ) ,suatu ketika dahulu seorang pemuda anak yatim piatu suka memancing ikan di sungai selepas sahaja pulang dari kerja. Dia berladang tapi disebabkan kehidupan yang susah dia memancing untuk mendapatkan lauk. Maka, suatu hari dia amat keciwa kerana hasil memancing tidak ada kecuali seekor ikan kecil. Memandangkan hari sudah lewat petang dia pun mahu balik ke rumah. Namun dia agak terkejut kerana tiba2 ikan kecil itu bersuara dan mohon untuk dilepaskan. Maka, dia pun melepaskan semula si ikan kecil itu ke sungai.


Dalam tempoh beberapa hari pemuda itu terkejut lagi apabila tiba2 hadir seorang wanita yang cantik di depannya ketika memancing. Dia jadi hairan kewujudan seorang wanita di kawasan sungai yang agak jauh dari tempat orang ramai. Persoalannya terjawab apabila wanita jelita itu menerangkan bahawa dialah ikan kecil yang dilepaskannya semula ke sungai itu. Mulai saat itu mereka menjadi kawan dan pemuda itu mula jatuh hati. Lalu dia mengajak wanita itu berkahwin dan dia bersetuju dengan satu syarat pemuda itu tidak boleh memberitahu sesiapapun tentang asal usulnya daripada ikan. Maka, sumpah itu pun dimeterikan bersama.

Perkahwinan itu bahagia dengan lahirnya seorang anak lelaki. Pemuda itu pun semakin rajin bekerja demi kebaikan anak dan isteri tercintanya. Isterinya pula menjaga hal ehwal rumahtangga. Maka makan dan minumnya terjaga. Setiap hari anaknya menghantar makanan untuknya. Pada suatu hari anaknya kepenatan dan lapar lalu rehat sambil makan makanan yang dibawanya. Dia amat risau kerana anaknya tidak datang walaupun sudah lewat tengahari. Dia pun balik ke rumah dan dalam perjalanan itu dia terjumpa anaknya tertidur dan makanan telah habis dimakan. Dia amat marah dengan anaknya sehingga tidak ingat lagi sumpah mereka. Dengan suara lantang dia berkata kepada anaknya,"dasar anak ikan". Mendengar kata2 itu anaknya sedih dan balik ke rumah. Si anak tanpa berlengah bertanya kepada emaknya, betulkah dia anak ikan.

Alangkah terkejutnya si emak. Kini dia sedar suaminya telah melanggar sumpah. Dia amat marah dan sedih sekali. Si isteri pun melarikan diri dengan linangan airmatanya. Hujan lebat turun dan kilat sabung menyabung. Demi keselamatan si anak kecil itu ibunya meminta dia lari ke atas bukit. Maka, dia terus menangis dan banjirpun berlaku sehingga terciptanya Danau Toba yang berair biru itu. Itulah akibat betapa sayangnya air mata seorang wanita yang terluka hatinya. Sang suami terlanggar sumpah disebabkan perasaan marahnya.

Danau Kota pun terbentang luas sejak 75 ribu tahun yang lalu. Pelbagai jenis tetamu yang berkunjung ke situ dengan terciptanya warna kenangan masing2. Mungkin tetamu akan bertambah dan terus bertambah jika rancangan membina jalanraya yang baik tercapai nanti. Mudah2an menjadi kenyataan jalan highway berkenaan.

Keluasan Danau itu 160 km dan lebarnya 30 km. Kedalaman Danau Toba ialah 450 meter. Di kawasan danau ini ramai penduduk menternak ikan terutamanya ikan telapiah dan nelah. Ia dieksport ke luar negara. Ia menjadi sumber pendapatan untuk negara yang pernah dijajah Belanda selama 350 ribu tahun itu.


Salam si airmata di Danau Toba

No comments:

Post a Comment