Tuesday, May 18, 2010

Meninggalnya seorang pejuang

Takziah kepada keluarganya. Moga2 rohnya dicucuri rahmat. Berita Pegawai keselamatan Istana kelantan diterima telah meninggal dunia. Dia telah menerima kesakitan yang amat apabila ditembak empat das di dada ketika perjalanan balik ke rumahnya di Tumpat kira2 jam 12.25 tengah malam pada 1 Mei selepas tamat bertugas pada malam itu. Kenapa begitu jadinya?

Pada 6 Mei doktor pakar telah berusaha dan berhasil mengeluarkan peluru durjana dari badannya melalui proses pembedahan. Dia stabil selepas operasi itu. Dia adalah antara lima orang yang dilantik di Istana Kelantan secara kontrak untuk mengawal keselamatan keluarga diraja itu.

Sebelum itu ada berita menyatakan dia kembali tenat kerana ada jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Ia bergantung kepada mesin sokongan hayat sahaja. Betapa keluarganya bersedih di atas peristiwa malang itu. Tentu mereka dalam keresahan dengan doa2 kudus yang panjang. Mujurlah Pemangku Raja Kelantan seorang yang berhati mulia dan perihatin terhadap rakyat dan menyumbangkan RM100,000 untuk keluarga arwah semalam. Wang itu diterma oleh isterinya, Maznah Mustafa dengan penuh kesyukuran.

Kini, dia telah pergi untuk selamanya. Boleh dikatakan nyawanya hilang di hujung pistol. Pistol yang tidak pernah bertanya kenapa dan mengapa mesti dikenakan kepadanya? Punat pistol itu cuma terima arahan daripada gerakan hati penekannya. Memanglah pantang ajal sebelum maut tapi akhirnya Tuhan lebih menyayanginya setelah sekian lama bertarung nyawa.

Mudah2an roh arwah diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dia juga terkena tembakan kerana pulang dari bertugas atas sebuah perjuangannya menjaga keselamatan. Keluarganya juga didoakan terus sabar dan mendapat rahmat. Mereka yang bertanggungjawab itu juga akan menerima segala pembalasan daripada Allah swt.

No comments:

Post a Comment