Wednesday, May 12, 2010

Bila ada penyesalan cintapun pudar...

Hari ini berita dalam akhbar penyesalan seorang wanita dan anak yang tinggal di Lambok. Dia telah melarikan diri kerana cinta dan tinggalkan keluarga di kampung tanpa berfikir masa depannya di bumi sebarang ini. Setelah dekat sepuluh tahun berjauhan dari keluarga dan hidup susah barulah teringatkan ibu dan kampung halaman. Kini hidup dia bersama anak terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di manakah tuah yang dia cari bersama lelaki (Kini suami) idaman itu? Nah! sudah tentu cuma ikutkan rasa dan cinta yang tidak masak sahaja ke sana.

Mereka membawa diri ke Lambok untuk menyemai cinta yang entah di mana murninya. Mereka berkahwin dan dapat anak. Namun usaha dan perancangan tidak ada sama sekali. Kata2 suami cuma di bibir untuk membela nasihnya bersama anak2. Ini disebabkan suaminya kini tidak bekerja. Sebaliknya dia yang bekerja sekadar membuang kulit kacang pagi dan petang. Pendapatan itu tidak cukup untuk menampung segala keperluan hidup.

Ternyata bila penyesalan berlaku cinta wanita itu tercabar dan mungkin pudar. Semangat untuk balik kampung mula terkobar2. Adakah kepulangan itu suatu yang membahagiakan keluarganya? Atau menambahkan beban ibu yang telah ditinggalkan sekian lama. Anak sudah lima orang dan semua perlukan kehidupan. Anak2 dalam proses membesar. Sudah tentu memerlukan banyak wang. Itulah terlalu ikut nafsu cinta sehingga sanggup membina kehidupan bersama jejaka sebarangn tanpa restu. Dia kononnya ingin mencipta bahagia dengan orang yang disayangi walau ke mana perginya asalkan hidup bersama.

Cinta yang datang dari jauh perlukan penelitian yang rapi. Restu keluarga mesti diutamakan. Perancangan baik hendaklah dibuat untuk menempuh kehidupan agar lebih terjamin. Usaha kena berlipat kali ganda. Insya allah hasilnya akan diperolehi kemudian.

Ibu si wanita itu mula dilanda kerisauan mengenangkan anak di rantauan hidup tidak keruan. Sempena hari ibu itu bukan dia menerima sejambak bunga kasih seorang anak tetapi sebaliknya beliau terima sepucuk surat rintihan seorang anak. Kini fikiran ibu wanita itu tidak tenang kerana gara2 dia memberitahu masalah yang diciptanya sendiri.

Sayang2 buah kepayang, ditelan mati dibuang sayang. Sayang memang mahu panjang, namun hidup di rantau bagai hidup terbuang...

Alahai...

2 comments:

  1. cinta itu buta...buta bagi yang tak celik tentang cinta

    ReplyDelete
  2. Memang benar. Amat setuju. Cinta setinggi gunung pun belum tentu menjamin hidup...

    ReplyDelete