Thursday, May 13, 2010

13 Mei cabaran berdarah

Peristiwa 13 Mei sudah 41 tahun berlalu. Satu jangka masa yang agak panjang. Mereka yang memahami punca tercetusnya peristiwa berdarah itu adalah kalangan mereka yang berusia lebih 60 tahun sekarang. Ia merupakan perbelahan kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Ia satu kerugian kepada negara. Memang perit dikenang terutama bagi mereka yang merasainya. Apa lagi jika ada kalangan keluarga dan rakan taulan menjadi korban. Ketika itu darah merah mengalir tanpa sekatan.


Ini akibatnya jika tidak dikawal perasaan teruja terhadap kuasa. Ketika itu baru habis proses pilihanraya umum. Kenapa mesti perkara itu berlaku? Rasanya antara sebab emosi menguasai akal. Akal menjadi cetek dan hati seolah2 mati. Oleh itu perlu dihimbaskan betapa rakyat berdepan dengan kesusahan disebab peristiwa hitam 13 Mei itu. Ia merupakan sejarah berdarah yang perlu menjadi teladan dalam perjuangan masa kini. Lalu perpaduan yang ada sekarang hendaklah dijaga dengan mengamalkan nilai2 murni serta menghormati perundangan negara.


13 Mei cabaran berdarah dalam minda generasi lama yang menjadi nostalgia trajik. Rentetan daripada itu generasi sekarang hendaklah mengambil ikhtibar supaya tidak memainkan perasan sentimen kaum. Ini disebabkan banyak lagi intipati perjuangan yang perlu dilaksanakan. Bertindak terlalu aggesif pun bukan suatu yang terbaik. Emosi yang terlalu membuak2 untuk pembaharuan sehingga menganggap reformasi itu jalan terbaik pun tidak tepat. Perlu dinyatakan di sini bahawa di kalangan mereka yang terlibat dengan politik hendaklah peka supaya mengawal diri dan 'pemain-pemain' yang cuba bertindak pandai dan menunjukkan belang sehingga menyentuh perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum2 lain. Isu2 tertentu seperti tohmahan yang menimbulkan kecurigaan dan keraguan mesti dihentikan. Kita tidak mahu rakyat menjadi keliru, marah, benci dengan negara sendiri serta tidak menghormati perlembagaan negara.

Cukuplah dengan berlakunya tragedi Kampung Medan, Peristiwa Mamali dan Rusuhan semasa reformasi yang menyebabkan kematian dan kerosakan yang bukan sedikit nilainya. Kenapa mesti menyokong perkara buruk ini? Adakah kerana mahu berjihad? Apakah cara ini yang paling canggih? Atau ingin menjadi pejuang negara agar nama terpahat di kanvas sejarah? Jika begitulah niatnya, ia amat memalukan. Hentikan saja kerana ia mencacatkan sejarah negara yang telah dibentuk oleh pejuang-pejuang berhati bersih dan suci sebelum ini. Mereka berjuang bukan kerana wang dan pangkat (bukan seperti sekarang- tidak semua barangkali) tetapi demi tanah air negara tercinta, Malaysia .

Adalah dicadangkan supaya Peristiwa 13 Mei ini menjadi garis panduan untuk berjuang tanpa melanggar patang larang yang sepatutnya. Perbezaan pendapat dan pandangan adalah adat dalam mentadbir. Begitu juga dalam perjuangan. Namun hendaklah ditangani dengan bijaksana serta menjurus ke arah kebaikan sambil menerima segalanya dengan hati terbuka tanpa dengki serta khianat.

salam politik yang murni...

No comments:

Post a Comment