Friday, May 14, 2010

Warisan Negara tinggi nilainya

Saya terbaca di akhbar bahawa Penjara Pudu akan dirobohkan untuk dijadikan kawasan Pusat Bandar. Aduh! adakah para pejuang pembangunan sudah lupa akan kekayaan nilai penjara pudu itu? Mungkin juga keuntungan lebih penting daripada memelihara budaya warisan bangsa. Apa lagi jika kita hayati lukisan2 tangan sepanjang bangunan yang mencorak sejarah tersendiri itu. Kesan sejarah akan hilang dek bangunan yang tinggi nanti dengan kedai2 mewah yang menjual barangan jenama luar negara. Ia menjadi kawasan elit dan rekebantuk moden. Selain itu mereka yang mampu sahaja yang datang ke tempat itu nanti atau sekadar menjadi lokasi anak2 muda lepak sahaja. Lot2 kedai itu nanti akan disewa oleh golongan tertentu sahaja. Kaum bumiputera biasanya tidak mampu kerana sewanya mahal. Mereka kebanyakan bermodal kecil dan tidak sanggup berhutang banyak. Nah! mereka cuma mampu berniaga di gerai2 kecil. Apakah keuntungan moral dan budaya akan diperolehi?

Namun jika penjara pudu tidak dirobohkan tetapi dipulihara dan dipelihara seperti Bangunan Sultan Abdul Samad sudah tentu ramai yang tabik kepada Kerajaan atau Syarikat yang berkenaan. Dengan cara ini juga kawasan itu boleh dijadikan pusat komersial dengan ciri2 budaya warisan yang indah dan menggamit memori orang yang datang dan berniaga di situ. Fokus dan pendekatan perniagaan biarlah tidak terlalu moden tetapi semua klas pembeli tertarik untuk berkunjung dan membeli belah ke tempat berkenaan. Barangan boleh berjenama dan tidak berjenama termasuk pelbagai barangan kraf.

Penjara Pudu adalah budaya warisan. Kewujudannya mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Temboknya bercorak warna warni itu hasil kerja tangan pelukis tempatan menjadi identitinya . Nah! jika ia dirobohkan sudah tentu segala identiti itu akan ranap begitu sahaja. Lalu penjara pudu cuma jadi kenangan dalam sebutan. Foto2 lama cuma jadi tetapan generasi seterusnya sahaja atau dijadikan poskad untuk dijual.

Kita jangan terlalu mengejar keuntungan komersial semata2 tanpa mementingkan budaya dan warisan yang menjadi pusaka bangsa. Saya pernah melawat penjara yang berusia beratus tahun di luar negara yang telah dijadikan muzium. Memang suasananya luar biasa dan menarik. Malahan sehingga sekarang kenangan saya melawat tempat itu masih kuat dan terbayang2 jika tengok foto2 lawatan serta memang teringin untuk melawatnya semula. Ketika lawatan bersama rombongan YB Menteri KEKKWA itu pelbagai cerita seram, sedih dan menyakitkan hati diutarakan. Malahan undang2 di negara British itu lagi teruk kerana sekadar mencuri sekeping roti seorang kanak2 dipenjara di sudut kecil (masih kekal keadaannya) . Macam2 suara tangisan, jeritan dan rayuan diputarkan ketika itu. Jadi, apa salahnya tempat hukuman di penjara pudu seperti tempat gantung, bilik2 kecil dan gelap dan lain2 itu dikekalkan supaya apabila orang melawat ia boleh menimbulkan kesedaran.

Sebenarnya tidak rugi jika ia terus dengan indentitinya cuma perlukan 'make-up 'terbaru dan sesuai pengisian dalamannya. Ia boleh dijadikan tempat pembelajaran, pengajaran dan rujukan bagi pelajar. Malahan ia juga mengelakkan generasi kini melihatkannya bukan sekadar replika sahaja. Ia juga boleh dikaitkan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005. Namun apa yang penting sifat perihatin dan sayangkan warisan serta kreatif itulah yang menjamin penjara pudu boleh menjadi komersial tanpa meranapnya di muka bumi ini.


salam warisan...

No comments:

Post a Comment