Thursday, April 22, 2010

Secawan air panas

Setiap hari seorang kawan akan mengambil secawan air panas untuk dibuat kopi. Sarapan pagi dibilik sahaja dengan sebungkus nasi lemak atau meehoon goreng. Sesekali roti sapu mentega. Orangnya sederhana dan sentiasa senyum bila bertemu. Pakaian baju kurung dan kebaya panjang. Manis orangnya.

Suatu hari dia telah lewat dan bergegas balik ke tempatnya. Dia bertembung dengan seseorang yang tidak dikenali di awal pagi. Alangkah takutnya dia kerana air panas itu tumpah ke kaki tamu tak diundang. Dengan perasaan gementar dia memohon maaf sehingga tak terucap. Bibirnya terkumit kamit sahaja. Kawan itu terus berdiri di sisinya sambil memandang dia dengan wajah yang tenang dan manis.

Dia seorang lelaki yang berkulit kuning langsat dan berkaca mata. Tinggi lebih kurang 5 kaki 5 inci. Saiznya sederhana. Berbaju kemeja dan bertali leher. Di tangan kanan terjinjing beg empat segi warna coklat kehitaman. Dia letakkan beg di atas simen dan mengambil cawan yang masih berisi sedikit air panas itu dari tangan wanita berbaju kurung merah jambu tadi.

Kini cawan air panas itu beralih tangan. Wanita itu tertunduk malu sambil berkata maaf berkali2. Tiba2 airmata mengalir di pipi halusnya tanpa sedar. Aduh! kenapa dengan aku ini? Bisik hatinya. Lelaki itu merenung dia. Namun wanita itu terus memandang kaki lelaki yang tersimbah air panas tadi.

Tiba2 mata mereka bertembung. Alangkah terkejutnya wanita itu....

bersambung

No comments:

Post a Comment