Wednesday, April 21, 2010

Budi itu indah susah lupa

Melayari kehidupan ini terlalu banyak keindahan yang terus tersemat di dalam hati. sesekali tersenyum sendiri jika teringat kenangan lama. yang sedih dan pahit pun pasti ada tapi tidak usah dingat2 kalau sekadar mengganggu ketenangan jiwa. nah! saya cuba berkongsi tentang budi para sahabat yang tersayang...

Ramai sahabat dan kawan yang berbudi. Budi mereka indah dan manis dikenang. Rasanya tidak terbalas. Hanya Tuhan sahaja yang membalas. Semoga begitulah hendaknya. Jika teringat budi baik mereka sesekali bagai menitis airmata. Bagai nak penuh kasih tanda ucapan terima kasih. Ingin kubisikkan budimu tetap dihati. Ia seperti pantun ini;

padi bendang dipukul ribut
orang daik turun ke tanjung
hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak junjung.

Ingatan juga menghimbau masa lalu seorang sahabat telah menyelamatkan saya dari terikat dengan senda gurau seorang lelaki. Sebenarnya saya tidak tahu ada tujuan di sebalik budi baiknya. Sebagai orang baru berada di ibu kota jika ada peluang tentu tidak akan dilepaskan. Apa lagi jika bidang yang datang itu kita suka dan minat. Sebab itu saya terima dan berbaik2 dengannya. Namun Tuhan masih sayangkan saya, kebetulan sahabat saya bertugas di tempat yang sama dan dia dapat maklumat. Sahabat itu telah menulis sesuatu di kertas dengan dawat merah. Tindakan ini membuat kawan berkenaan marah dan datang jumpa saya bersama2 catatan berkenaan. Aduh! pada mulanya saya keliru. Sabarlah menyebabkan saya tidak melenting. Saya terasa amat bertuah kerana mempunyai sahabat yang berhati luhur dan mulia
ketika itu. Sesekali kenangan itu datang di hati dan mulut menyebut berkali2 mencari kawan mudah tetapi berjumpa sahabat setia amatlah susah. Apapun ingin kukaitkan buktinya dalam pantun ini:

Orang Daik turun ke tanjung
bawa barang sarat muatan
budi baik rasa nak junjung
sepanjang hayat jadi ingatan

Budi itu memang indah dan amalan mulia semasa hidup kita. Orang menerimanya terasa susah untuk membalas dan melupakannya. Cuma yang termampu budi termaktub dalam hati dan tersemat dalam ingatan sepanjang hayat.

Sekian untuk kali ini... terima kasih kepada SAHABAT

No comments:

Post a Comment