Wednesday, April 21, 2010

Aura warna membawa seri

Salam seri diri untuk semua. setiap hari ada serinya tersendiri untuk kita di dunia ini. nah! kali ini kita bicarakan aura warna mengikut hari2 yang kita lalui , iaitu hari isnin hingga ahad. saya terbaca terdapat beberapa pendapat yang menyatakan setiap warna itu mempunyai pengaruhi setiap orang. setiap orang pula serasi dengan sesuatu warna yang boleh menaikkan auranya. warna boleh meseimbangkan emosi seseorang individu itu.

Mari kita tengok hari Isnin dikaitkan dengan warna putih. putih memang secara simbolik menggambarkan suci dan bersih. Isnin juga merupakan minggu pertama mengikut perkiraan di negara Asean. jadi kita memulakan sesuatu dengan keadaan yang murni maka perlu berusaha untuk mengisikannya dengan perkara2 yang baik atau sebaliknya. namun putih mempunyai rangkaian warna yang hampir2 dengannya seperti kelabu putih atau krim ringan. jadi jika baju ia masih menepati konsep. maksudnya jika kedua2 warna ini masih kelihatan putih walaupun hakikatnya bukan putih tulin.

Hari selesa warnanya merah jambu dan ungu. saya suka warna ini. biasanya saya selesa ketika memakai baju warna merah jambu dan ungu muda. warna ini mempunyai aura yang menyebabkan seseorang itu kelihatan berseri. perjalanan kita terasa nyaman dan ringan. ia juga boleh dikaitkan dengan keadaan jiwa yang romantik tetapi mempunyai kekentalan luar biasa. ramai kalangan budak2 dan remaja khususnya suka merah jambu. namun terdapat kalangan mereka yang berperwatakan kasar tidak menyukainya.

Warna biru dikatakan untuk hari Rabu. biru auranya keamanan dan kedamaian jiwa khususnya. begitu juga dengan persekitaran. Keindahan biru air laut itu mempesonakan walaupun kita tidak tahu ada gelora di dalamnya. nah! ternyata warna biru itu indah dan aman. saya suka warna biru langit. ia ringan dan pesona pada seri diri.

Seterusnya hari khamis pula aura warnanya dikaitkan dengan kekuningan, coklat dan oren. warna ini semangat kesetiaan dan kejujuran. jujur dan setia pada diri sendiri pun merupakan antara tugas hakiki dalam hidup. ada ketika kita terpaksa mengenepikan kepentingan diri demi sebuah perjuangan. cuma kalau boleh jangan seperti lilin membakar diri dan menerangi orang lain. ia kurang sesuai di zaman ini kecuali ia perjuangan yang tidak boleh dielakkan.

Jumaat antara hari yang terbaik warnanya hijau yang memberi aura ketenangan. sejuk mata memandang. ia juga melambangan kesuburan yang indah. kehijauan daun boleh menyembuhkan pandangan mata jika diamalkan. nah! hijau itu syahdu menyentuh kalbu tetapi ia perjuangan yang damai.

Warna merah adalah untuk hari Sabtu. Auranya menyerlahkan keberanian dan kekentalan jiwa. berani kerana benar. kental disebabkan kegituan. merah memang cantik apa lagi jika mempunyai kombinasi yang sesuai. saya suka merah hati. terasa yakin dan kuat emosi jika memakai baju warna merah.

Hari ahad masa rehat kebanyakan orang dikaitkan dengan warna hitam. hitam itu menawan. ia klasik dan amat sesuai jika dipakai di waktu malam. siang pun tidak mendatangkan masalah jika bijak mengenakannya. hitam dikaitkan dengan kemewahan. sebab itu ramai yang memakai warna hitam ketika jamuan atau majlis yang berprestaj.

Lewat membicarakan warna dan auranya ini ia sekadar rujukan sahaja. saya cuma berkongsi pengalaman yang ada. mungkin ada cerita2 lain yang tidak disentuh kerana belum melaluinya. nah! andainya selepas membaca bahan ini, jika anda mempunyai idea atau pendapat yang berkaitan marilah kita berkongsi.

2 comments:

  1. Saya setuju kalau dikatakan warna mempengaruhi mood kita, sebab tu la kita kena pandai memilih, warna apakah yg paling kita rasa sesuai dgn diri kita dan buat kita rasa ceria spjg hari, maka warna itulah yg perlu kita pakai.

    ReplyDelete
  2. Benar tu.terima kasih di atas pandangan itu. hakikatnya warna berkaitan dengan emosi. emosi boleh berubah2.

    ReplyDelete