Wednesday, April 21, 2010

Ikon Membaca 1Malaysia

Nah! bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon antarabangsa dipilh jadi Ikon Membaca 1Malaysia tahun 2010. Majlis pelancaran dibuat pagi tadi (21 April) di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) oleh Timbalan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Senator Heng Seai Kie. Ikon Membaca, Dato Michelle Yeoh pun turut hadir dan ramai yang terpegun melihat kejelitaannya. Dia tinggi lampai berambut lurus dan kulit halus mulus. Yalah bekas ratu cantik. Senyuman sentiasa di bibir. Dato Michelle seorang selebriti filem antarabangsa kelahiran bumi Ipoh.

Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara (PNM) Y.bhg Dato Raslin Abu Bakar tercetusnya idea Ikon Membaca ini merupakan strategi dalam proses penjenamaan semula program galakan membaca. Sebelum ini, Y.Bhg Dato Sheikh Muszaphar Shukor atau lebih dikenali dengan panggilan Dato SMS yang merupakan Ikon Membaca yang pertama. Penyertaan beliau dalam tujuh program menunjukkan impak positif yang telah menarik ribuan pengunjung di seluruh negara (kawasan luar bandar dan pendalaman).

Melihat program banyak di luar bandar sebelum ini maka saya tertanya2 bolehkah ikon baru ini memberi kefahaman dan mampukah dia berkomunikasi dengan orang kampung. Ini memandangkan dia tidak boleh berbahasa Melayu/bahasa kebangsaan. Sayang seribu kali sayang dia telah lupa berbahasa kebangsaan negara asalnya sendiri. Di manakah jati diri diri? Layakkah menjadi ikon jika identiti yang diwarisi tidak lagi dimiliki?

Semasa Ikon Membaca ini berucap tadi memang fasih tapi berbahasa Inggeris. Begitu juga ketika mengadakan sidang media sehingga ia diminta berhenti kerana terlalu panjang tetapi dalam bahasa Inggeris. Aduh! perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sepatutnya berjalan serentak. Namun jika ikon baru ini saya nampak dia tidak mampu kecuali dia mengikuti klas bahasa Melayu.

Jika dibandingkan dengan dato SMS amat jauh bezanya. Namun masing2 ada kelebihannya. Ketika pelancaran itu diumumkan selepas ini Ikon Membaca akan dipilih dari kalangan kaum India untuk memenuhi konsep 1Malaysia. Harap biarkan yang terpilih itu mempunyai kreadibiti, ilmu dan komunikasi yang sesuai untuk semua suasana. Mungkin tidak semestinya dari kalangan yang glamour dalam bidang hiburan sahaja. Mereka yang terlibat dengan akademik, sukan, sastera, budaya, tokoh, penulis dan sebagainya boleh dicalonkan.

Perlu juga diketahui buku atau bahan bacaan yang dibaca ikon itu dalam bidang apa. Takut juga sekadar membaca majalah hiburan, buku skrip, catatan kerja, kertas kerja dan bahan2 lain yang dianggap buku walaupun bukan sebenarnya. Bukan memandang rendah tetapi sebagai persediaan jika kemungkinan2 timbul atau berlaku.

Ikon itu sebagai pemangkin untuk memajukan sesuatu program. Mudah2an apa pun program murni yang melibatkan pembangunan individu dan masyarakat amnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Setiap impak yang diperolehi hendaklah dari sudut positif dan membina jati diri sebagai warga yang cinta kepada negara Malaysia.

Sekian.

2 comments:

  1. 1malaysia...
    1kepercayaan..
    1amalan..
    1ikutan..
    1kekayaan.. 1 blablabla

    akhirnya.. kembali pada yg '1'

    http://improveslife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perhatian dan pandangan. selamat maju jaya

    ReplyDelete