Tuesday, April 20, 2010

Debaran kebaya batek

Kenangan kebaya batek telah tercipta awal tahun 1980-an. Saya baru tamat sekolah. Rezeki murah tidak lama menganggur saya dapat kerja sementara di sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Kini hampir 28 tahun ia berlalu. Namun peristiwa baju kebaya seolah2 semalam baru berlaku. Kebaya batek itu memang cantik. Saiznya juga ngam betul. Ada tiga (3) helai semuanya cuma warna berlainan.

Kebaya warna coklat muda hadiah abang ipar itu saya pakai ke pejabat. Terasa amat istimewa baju saya pada hari itu. Cuma agak ketat sikit dipinggang. Saya jadi malu. Tapi arwah kakak bagi sokongan untuk pakai. Saya ikut arahan sahaja walaupun cara jalan pun macam tidak betul. Maklumkan baru bekerja gaji belum ada. Menumpang di rumah kakak di Tanjung Aru.

Nak dijadikan cerita lagi semasa naik bas agak payah kaki melangkah. Kainnya sempit dan belah pula tu! Saya perhatikan ramai tengok lain macam saja. Tapi saya buat tidak tahu . Dan memang tidak faham langsung. Semasa menuju ke pejabat saya berjalan perlahan. Tidak seperti biasa. Malah langkah terpaksa dikecilkan. Aduh! seksanya, keluh dalam hati . Berdebar2 saya. Itulah pertama kali pakai kebaya. Kebaya batek pula tu. Memang tidak pernah terlintas pakai baju secantik itu.

Tiba di pejabat sebelum jam 7.30 pagi. Saya susah naik tangga kerana pejabat di tingkat satu di kawasan Karamunsing. Kawan2 lain pun belum tiba kecuali Pak Abdul Rahman. Dia bertugas membuka pejabat. Aduh! bagaimana berdepan dengan rakan2 sepejabat. Keluh hati saya. Di unit tempat saya bertugas semuanya lelaki. Saya mula rasa segan. Ada yang memuji dan ada yang diam saja.

Seorang rakan jurufoto dengan misai sebaris datang ke meja saya. Wajahnya handsome dan hatinya baik. Dia tersenyum2 sambil memuji. Ya allah! saya amat malu ketika itu. rasa macam mahu pengsan. Apa akan terjadi selepas ini. Dia selalu membantu saya. Setiap pertanyaan tentang kerja dia jawab dengan baik sehingga saya faham. Dia berdiri di depan di depan saya sambil berkata dengan suara separuh berbisik tapi jelas saya dengar.

"Kebaya batek ini siapa bagi? Ini kan baju paramugari? Ya...tapi ok. Cantik." Saya terdiam. Keluh lidah. Mata cuma merenung dada meja . Ya Allah baju orang kerja MAS rupanya, bisik hati. Badan rasa melayang. Saya tambahkan hati. Kerja pada hari itu perlu diteruskan jua...

Mulai saat tu, kebaya batek cuma tinggal kenangan. Nah! jika saya melihat paramugari, saya akan teringat kebaya batek yang saya pernah pakai lebih duapuluh tahun yang lalu...kenangan itu indah walaupun malu masih terasa...

salam.

No comments:

Post a Comment