Thursday, April 22, 2010

Sabar itu sayang hati

Cabaran itu pasti ada dalam apapun situasi. Ada ketikanya kita amat terseksa menempuhnya. Emosi terganggu apa lagi jika terpaksa dibendung demi menjaga hati. Lalu ada yang menjerit, menangis sepuasnya dan menghilangkan diri. Nah! salah satu cabaran itu wujud dalam hubungan sesama insan. Mari kita fokuskan hubungan persahabatan. Kita selamatkan jiwa, diri dan tali persahabatan dengan mengamalkan sifat sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran.

Sabar itu pemangkin dan senjata untuk sayangkan hati sendiri. Jadi, kita sering ingatkan diri bahawa betapa mulianya sifat sabar dan perlunya mengekalkannya supaya hati tidak terluka. Saya juga pernah tercabar malah terluka dalam seketika. Namun saya cepat memikirkan perkara yang indah dan lebih menarik malah menguntungkan hati dan diri saya. Jika orang tidak sayang kita , tidak apa yang penting kita sayang hati dan diri kita. Begitulah juga dalam hubungan persahabatan.

Untuk kekal hati tidak terluka dan dilukai atau sembuhkan yang terluka maka kita perlu belajar mengenalkan sabar yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:
i. elakkan melayan perasaan sahabat yang berunsur atau sengaja ingin mencabar
ii. beri pandangan balas dengan tenang, ringkas dan tidak dipengaruhi emosi dan keadaan
iii. tuturkan kata-kata sopan, beralas dan mesra
iv. akui kesilapan dengan berlapang dada
v. tidak malu meminta maaf banyak kali
vi. diamkan diri dalam sesuatu perbincangan jika terasa emosi terganggu dan marah.

Andai kita sentiasa sabar insya allah beroleh kejayaan dalam kehidupan. Begitu dengan komunikasi dan dunia persahabatan akan terus terjalin dan berkekalan dengan penuh kasih sayang. Nah! Kekuatan, ketenangan dan kedamaian mengiringi kehidupan dengan amalkan sabar itu untuk sayangkan hati dan diri.

Jumpa lagi...

2 comments:

  1. akui kesilapan dengan berlapang dada..
    skrg nie semua letakkan ksilapan sndri ats org len..lgsg tak pkir perasaan org tu..ermmmm...

    ReplyDelete
  2. ye byk berlaku cam tu. ego menguasai diri. terima kasih berkongsi idea

    ReplyDelete