Thursday, April 22, 2010

Muzik

Sawal 6.45 pagi telah keluar rumah untuk ke pejabat hari ini selepas minum susu segar segelas. Suasana tenang dan cuaca dingin sebab malam tadi hujan. Jalanraya masih lapang dan rasa seronok memandu sambil ditemani pelbagai rentak lagu di radio. Sesekali juruhebah memberi maklumat. Ketika tiba di Jalan Ampang tiba2 terdengar muzik yang rentaknya mendakap minda. Seronok. Saya tanpa sedar menari2 kecil dalam kereta. Memang tenang. Pemandu di sebelah saya tersenyum melihat saya. Kami berbalas senyuman.

Nah! muzik mendamaikan. Ia menggamitkan nostalgia. Ada ketikanya hati kita tiba2 berbunga dan terimbas kembali kisah lama. Mood sedih dan tekanan beransur hilang dari minda setelah mendengar lagu yang membuai rasa. Memang tidak disangka lagu/muzik boleh mengubah mood kita. Emosi boleh berkembang dengan aluan muzik.

Siapa yang tidak membesar dengan lagu dan muzik? Sedari kecil kita didodoi dengan lagu ibu dan siulan ayah. Tangisan bayi terhenti malah tertidur lena dengan alunan lagu seorang ibu. Begitu merdu suaranya walaupun hanya diiringi ketukan kecil tangannya. Kanak2 di tadika setiap hari menyanyi. Saya masih ingat ibu suka mendodoikan adik2 semasa mereka kecil. Dan pasti ibu pernah menyanyi2 kecil mendodoikan saya juga.

Saya terus memandu tadi namun ketika menunggu lampu isyarat hijau saya amat tersentuh apabila terdengar sebuah lagu yang hits ketika remaja saya. Ia lagu cinta yang begitu bermakna dan membuai rasa. Tersenyum sendiri. Aduh! indahnya ketika itu.

Salam...

No comments:

Post a Comment