Friday, April 23, 2010

Meriah menjelang pr

Siang tadi saya bersama Azni dan badarudin ke Kuala Kubu utk menghadiri majlis rasmi di kg serendah. Majlis itu selepas solat Jumaat. Perjalanan agak lama jugak mengambil masa hampir 1 jam 40 minit. Saya pun pelik ikut highway tapi jadi longway pulak! Syukur le sampai ke destinasi. Banyak gerai jualan di pekan Kuala Kubu dan sekitarnya. Ada gerai air, kuih muih, keropok lekoh, buah2an, pakaian dsb. Goreng pisangnya sedap. Kelihatan kedai makanan pun ramai orang. Kami sempat singgah makan mee sup campur daging. Ada juga beli buah mangga. Poster 2 kilo RM5.00 dan 4 kilo RM10.00. Apakah istimewa iklan ini? Lainlah jika 4 kilo RM9.00. Aduh! masih belum cukup strategi berniaga.

Kami singgah di pusat media Pilihan Raya(PR) di pekan Kuala Kubu. Ia bersebelahan dengan sekolah. Tidak jauh dari pasar dan stesen bus. Ramai wartawan sedang bertugas di situ. Keadaan kurang sibuk mungkin juga disebabkan program petang. Cuma ada beberapa orang sedang menghadap komputer. Sempat saya meninjau, pihak media ada kemudahan minum pagi dan makan petang. Media elektronik (khusus RTM)berada di tingkat atas. Mereka siang malam berusaha untuk menyibarkan berita demi mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Sempat juga dengar gosip tentang PR. Dengar juga berapa peratus boleh dapat takat hari ini di kedua2 calon yang bertanding. Siapakah yang berjaya memenangi undi rakyat. Suasana sekitar sama sahaja di antara dua parti. Masing2 menggantung poster, bunting dan sepanduk. Ini juga rezeki untuk yang mencetak bahan2 publisiti. Nampak gambar kedua2 calon merata-rata. Masa ni memang meriah. Ramai orang di sekitar kawasan berkenaan. Namun keadaan aman. Yang jelas perniagaan meluas. Mungkin ramai yang mendapat rezeki banyak daripada biasa.

Selepas menghadiri majlis pelancaran pusat jalur lebar di kg Serendah kami pun beredar kerana mahu singgah di lokasi pesta nasi lemak. Mula2 hairan kerana ramai orang menyambut kami di jalan keluar. Rupa2nya petugas khas pr. Saya tersenyum apabila didekati dua wanita dewasa sambil menghulurkan kertas berpangkah lambang bulan sabit. Namun saya tolak dengan alasan saya tidak mengundi. Ramai wanita di hujung jalan masuk memegang kertas yang sama. Malah ada juga anak2 muda berada di tepi jalan menghulur kertas berlambang bulan sabit. Saya tercari2 juga kertas berlambang timbangan dihulurkan tapi tidak ada. Nah! majlis di dalam anjuran SKMM tapi sesiapapun masih tidak dihalang untuk memperkenalkan lambang yang diterajui. Jadi berjuanglah para petugas pr dengan profesional dan berkempen dengan tertib.

Sepanjang jalan kereta dengan pelekat lambang timbangan dan bulan sabit masing2 mengibarkan bendera. Apakah perjuangan mereka? Harap semuanya atas dasar tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara.

Esok kami akan ke sana lagi.

No comments:

Post a Comment