Sunday, April 4, 2010

perjalanan suci 2010 - siri pertama

Alhamdulilah perjalanan yang impikan telah tercapai dan kini telah kembali ke bumi tercinta ini...dengan kenangan indah sekali...

segalanya bermula pada 20 Mac 2010. saya menyertai rombongan 36 orang bertolak dari klia dgn penerangan MAS 150 kul/jed. Keluar rumah jam 9.00 selepas solat musafir serta berdoa yang berkenaan dan berkumpul di rumah hajah zaiton. Masuk sahaja rumah Hajah Ton, Kak esah bagi saya sehelai kain putih, dia kata tempat simpan kasut. Aduh! baiknya hati. kami naik van ke klia jam 10.00. Penerbangan kami jam 3.30 petang. Aku berkenalan dengan keluarga Hajah Ton. Mereka baik2 belaka. Sempat saya sarapan bersama mereka. Dalam rombongan tu ada dua orang remaja (siti fatimah dan siti aishah). bertuah sungguh mereka dalam usia semuda itu ada peluang buat umrah.

Cabaran bermula apa van lambat tiba kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Beg telah sedia di luar rumah untuk dipunggah ke dalam van. Anak bujang Kak Noraini (adik Hajah Ton) menghantar ibu dan ayahnya(Haji Mokhtar) ke klia. kebetulan kami ramai dan perlukan kenderaan tambahan. MujurlahEncik Zulkifli ( pilot van ) memang mahir dengan alur perjalanan ke klia. Tambang yang kami bagi dia tidak ambil sebaliknya dia kirimkan kpd Haji Yusof untuk disedekahkan di tanah suci. Murni sungguh hatinya. Dengar cerita beliau dia pun berhajat untuk menunaikan fardu haji tahun depan. mudah2an niat sucinya dimakbulkan Tuhan.

Selepas pendaftaran masuk, kami berehat. tidak lama selepas itu cabaran kedua, iaitu penerangan ditangguh sehingga jam 6.30 petang. Namun pihak MAS memberi kupon makan tengahari. Alhamdulilah. Inilah rezeki namanya. Namun saya masih mencari siapakah orang dari agensi yang mengurus program ini. Ah ! tidak apa, haji yusof (ketua kami) cekap. begitu juga dengan kak esah(isteri haji yusof kakak kepada hajah ton). Mereka telah banyak kali ke tanah suci (Haji dan Umrah). Rasa amat bertuah rasa dapat bersama mereka. Sebelum itu saya telah menerima penerangan daripada adik Yuzana (uza). Dia banyak ilmu dan pengalaman. Dia baik hati dan pemurah serta sentiasa membantu saya sepanjang mengerjakan umrah. Terima kasih banyak2 uza moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi baikmu...

Dalam penerangan cabaran ketiga pula mendatang. kapal terbang melanggar awan tebal. terasa goncangan yang menduga beraniku. membaca doa2 yang patut. alhamdulilah sekejap sahaja awan tebal berlalu pergi. Berada di perut kapal terbang berjam-jam amat memenatkan. Di depan saya seorang ibu muda sibuk mengurus bayinya yang baru lahir. Sesekali bayi itu menangis mungkin tidak selesa dengan keadaan. Dua anak kecil (lelaki dan perempuan) berlari2 ke arah bapanya yang duduk di belakang sedikit. sebelum itu berlaku sedikit rasa tidak puas hati seorang jemaah pakistan kerana diminta paramugari pindah tempat duduk dan menyebabkan isteri dan anak beralih sedikit. Ia semata2 untuk memberi tempat buaian bayi itu. Inilah masalah jika tidak ada plan lebih awal dengan pihak pendaftaran MAS. Sepatutnya bapa bayi menempah awal2 tempat duduk yang sesuai untuk isteri dan bayinya.

Melihat pasangan itu masih muda dan bersama anak-anak kecil hati saya ingin tahu mereka sebenarnya siapa dan ke mana. Maka, dengan berhati2 bertanya dan berbual dengan sang suami. nah! rupa2nya dia bertugas di Jeddah sebagai jurutenik di syarikat automobil. Dia balik sebab isterinya bersalin yang berkhidmat sebagai jururawat. Dia baru enam bulan bertugas di Jeddah . Dia kata senang bertugas di bumi arab itu dan setiap Jumaat dia akan sembahyang di masjidil Haram yang perjalanannya lebih kurang 1 jam setengah dari Jeddah. Ya, suatu kesempatan yang tidak semua orang perolehi sepanjang hayatnya.

Terasa penat dalam penerangan kerana asyek tidur bangun. akhirnya kami tiba di airport Jeddah. Barisan agak panjang semasa pemeriksaan imigresen. saya tgk ramai yang telah memakai ihram. iya, mereka terus ke Mekah. penuh sesak di ruang menunggu tetamu. beberapa orang lelaki berjubah dan berkemeja ke hulu ke hilir dengan memegang pasport. mula2 saya hairan dan sesekali kurang yakin apabila seorang lelaki arab minta pasport kami. setelah dimaklumkan oleh ketua barulah saya serahkan pasport. agak lama menunggu di situ.

Rombongan kami seramai 36 orang diarah menaiki bas. ya rabbi bas diletakkan agak jauh dan terpaksa menolak troli beg ke sana. Basnya cantik dan selesa. lebih kurang satu jam duduk dalam bas kerana menunggu tiga orang penumpang lagi. Rupa2 salah sorang daripada mereka pasportnya tercicir. sudah tentu debarannya bagai ombak memukul pantai ketika pasportnya tidak dapat dikesan. namun rezeki tidak ke mana Tuhan tunjukkan kebenaran dan pasportnya dijumpai.

Ada antara tetamu bas telah lena. bas terus membelah malam di jalanraya yang agak kering. lebih kurang dua jam perjalanan bas berhenti di kawasan kedai runcit dan surau. kami dihidangkan nasi bungkus. alhamdulilah sedap dan saya tengok ramai yang berselera makan. kami duduk di depan kedai runcit seperti bekelah saja. Selepas kami pun teruskan perjalanan. kak esah dan uza beritahu mudah2an sempat solat jemaah di masjid nabawi. jadi, saya tidak sabar menunggu untuk sampai. saya terbayang bagaimana sibuknya kami check in dan selepas itu terus ke masjid.

Namun apa nak dikata tiba bas berhenti di kawasan bengkel kayu. saya jenguk ke bawah banyak kayu2 yang diukir. kawasan itu agak luas. hati tertanya2 tapi cuma diamkan diri. apa terjadi agaknya. adakah minyak bas habis atau pemandu mahu ke bilik air. hairannya agak lama bas berhenti di situ. dalam berteka teki itu saya tertidur dan sedar bas meneruskan perjalanan. sesekali saya hayati melalui tingkap kelihatan luas mata memandang. jalanraya agak luas dan lurus. bas dengan kelajuan yang meyakinkan.

lebih kurang empat jam perjalanan muapi bersuara dari arah depan dan memaklumkan sekejapkan bas akan berhenti di kawasan rehat. ahli rombongan boleh solat jamak maghrib dan isyak di situ kerana Medinah agak jauh lagi. Katanya tidak sempat kejar solat jemaah kerana pemandu mengantuk dalam perjalanan tadi dan dia terpaksa lelapkan matanya. Kini baru saya tahu kenapa agaknya bas berhenti tadi. namun tidak semua turun untuk bersolat walaupun muapi (ustaz) bersemangat memberi panduan cara jamak solat. Kumpulan saya sudah tekad untuk jamakkan solat di masjid Nabawi walaupun tidak berjemaah. lalu, kami sekadar ke bilik air dan keadaannya agak menyedihkan berbanding dengan R & R di negara kita Malaysia. Mereka tidak menitikberat kebersihan dan keselesaan pengguna. Betapa baiknya jika ada pakar perunding datang ke sana dengan bagi kertas cadangan untuk wujudkan sistem R & R yang setanding dengan Malaysia.

Sekitar jam 8.00 malam kami tiba di depan hotel di Medinah. Masing2 menunggu dengan sabar untuk mendapatkan kunci. keadaan lobi hotel menarik, kemas dan pelbagai hiasan termasuk sebuah radio lama. Saya bersama hajah Ton, Fadilah dan Yuzana duduk sebilik. Biliknya agak besar dan selesa. Jam 9.00 malam kami turun dan terus ke masjid nabawi . kak esah dan uza kata kami terus ke Raudah. Masa tetamu wanita melawat ketika. Ya Allah berdebar2 hati saya mahu sampai ke Raudah. Tidak terbayang bagaimana keadaannya. saya dengan yakin ikut sahaja arah mereka tuju. di manakah Raudah itu? Alhamdulilah dengan mudah kami sampai kawasan Raudah kerana kak esah dan uza sudah berpengalaman ke tempat itu. ramainya tetamu ketika itu. saiz badan mereka besar. sekali kena siku mereka boleh jatuh dibuatnya. kupandang sekeliling. amat mengkagumkan. saya tertanya2 yang mana satu Raudah?


...bersambung

No comments:

Post a Comment