Thursday, March 18, 2010

tertipu dengan sijil halal

Ego bukan caranya untuk menegakkan perjuangan berniaga di bumi Malaysia ini...mari le kita bersama2 memperjuangkan bahawa kita perlu memiliki barangan halal untuk hidup- makan minum, pakaian dsbnya. nah! kenapa mesti dipertikaikan oleh perniaga di negara ini syarat2 untuk dapatkan sijil halal. rasanya jakim telah memikirkan cara dan syarat yang dikenakan itu tidak membahayakan mana2 restoran. jadi kenapa mesti takut untuk memohon sijil halal? tiba2 saja takut dan rimas pulak! jika tidak mau digelar penipu bertindak segera untuk menegakkan kebenaran. jika tidak memang betullah menipu...jadi lebih baik semua umat islam hentikan masuk ke restoran2 yang utama kepentingan dan ego sendiri.



peliknya mereka kata sijil halal dikeluarkan pihak swasta lagi mudah. siapa yang menjadi dalang yang keluarkan sijil halal swasta itu? adakah orang itu berkepentingan atau orang berpengaruh. tidak usah diam kalau mereka di tempat yang betul dan ada fakta. cuma yang merisaunya pihak swasta itu cuma pentingkan ganjaran saja. apa taknya setiap cop halal diturunkan ada pihak yang dapat pulangannya. nah! jika gitu sijil halal telah diniagakan. siapakah yang sanggup senang dan kaya raya dengan menjual hakcipta sijil halal. jakim pulak seperti kelu lidah berkata2 semasa swasta buat sijil halal. di mana pejabat pihak swasta yang buat sijil itu?

bayangkan kopitiam mempunyai rangkaian perniagaan yang banyak di negara ini. hidup ini tak kira bekerja dengan kerajaan, swasta atau berniaga kerana ada budi bahasa. peraturan dan undang2 dalam negara ini kena dipatuhi oleh setiap penduduk dan sesiapapun yang mendapat kemudahaan di sini. lebih 100 rangkaian kopitiam di negara ini termasuk di kawasan2 yang jauh di bandar dan mendapat sambutan yang amat baik. di kalangan orang islam mereka teruja dan berkunjung serta menjamu selera di kopitiam kerana adanya sijil halal tergantung. nah! Apa sudah jadi sekarang? ramai orang tertipu kerana sijil halal itu adalah sijil tipu....

masa kini tidak usah terasa megah dan jaga standard kerana masuk restoran kopitiam. makan saja di restoran atau gerai yang biasa2 saja yang penting tidak was2 dan tidak terasa tertipu sepanjang hidup...mereka yang sanggup ditipu berpanjangan atau rela makan/minum tidak halal saja membutakan mata demi keuntungan orang lain.

zaman dijajah sudah berlalu lama. jadi elakkan kita semua dari dijajah pulak dek mereka yang pentingkan keuntungan sehingga kita ditipu dengan sijil halal yang palsu....

No comments:

Post a Comment