Thursday, March 18, 2010

Erti perjalanan

Alhamdulilah... penantian untuk sebuah perjalanan itu hampir2 menjelma. sekian lama kutunggu dan idamkan perjalanan ini. betullah kata rang tua tidakkan lari gunung dikejar hilang kabus nampaknya ia. mudah2an segalanya akan menjadi kenyataan hendaknya.

perjalanan ke tanah suci telah tercatat dalam dairi hidupku sejak tahun 1985 ketika seorang abang angkat dan keluarga mempelawa kami menunaikan umrah. ketika itu cuma memerlukan peruntukan RM3000.00 sahaja. saya dan seorang kawan memang mau mengikuti rombongan mereka. namun itulah belum tersurat untuk bersama2 mereka kerana kami di saat2 akhir membatalkan niat. kebetulan kena balik ke kampung kerana kelas telah tamat. semasa itu kami menuntut di kolej damansara utama, petaling jaya. saya juga merasakan masih terlalu awal untuk ke sana dan berjanji kepada diri sendiri untuk menjadi tetamu Allah jua suatu waktu nanti.

Beberapa tahun lepas saya merancang untuk mengikuti rombongan kekawan tetapi di atas faktor2 tertentu niat murni itu terlepas. namun ia tidak menghalang jiwa yang terus menbendung niat dan saya terus bertanya kekawan untuk bersama jika ada program perjalanan suci itu. rezeki yang ditempah akhirnya datang awal mac lalu. seorang kawan, hajah zaiton abu bakar bertahu rombongan kakaknya jadi pulak berangkat ke tanah suci pada 20 mac ini. tanpa banyak bicara, saya sahkan perjalanan ke sana. sebelum ini sepatutnya pergi dengan adik beradik tetapi tertunda kerana agensi berkenaan menghadapi beberapa masalah.

semasa mengesahkan diri mau pergi cuti belum lulus lagi. begitu juga dengan lampiran A. amat risau rasanya diri takut2 cuti tak lulus. doa dipanjat termasuk kekawan juga mendoakan supaya cuti saya lulus. bila saya ke pejabat yb menteri ksu untuk dapat kelulusan cuti dan kebenaran keluar negara. namun rasa jadi kalut lagi kerana hanya tinggal 3 hari sahaja cuti borang cuti belum dapat sdg dapat maklumat telah diluluskan.

apapun saya teruskan langkah untuk maklumkan kepada yb menteri akan rancangan saya pergi umrah. alhamdulilah beliau setuju dengan syarat mesti ada pengganti sepanjang ketiadaan saya. mujurkan ada kawan2 - nurul dan azni yang sudi membantu. memang mulanya risau lepaskan kerja tetapi perjalanan ini perlu diteruskan. kubulatkan hati dan yakin mereka boleh bekerja dan memegang amanah ini. mudah2an segalanya berjalan dengan baik dan memuaskan. tugas mereka memang berat termasuk mengurus program media ke luar negara. pada 8 hingga 13 april ini kementerian ada 1malaysia showcase di washington dc.

kini saya mengira detik sahaja. sesekali kubaca buku/nota. ada juga tengok cd tentang ibadat umrah. untuk selesakan diri saya cuti dua hari sebelum menjelang sabtu nak indah dan bermakna ini. persediaan untuk berjalan telah disusun-kain baju, telkung, sarung tangan, stokin,
dsbnya. kenduri doa selamat telah dibuat di pejabat bersama kawan2. kebetulan juga hari jadi rakan di pejabat diraikan bersama. terima kasih kepada mereka yang sudi datang untuk membaca dan mengaminkan doa. saya kena buat kerana tidak sempat balik kampung untuk bersama ibu dan adik2. saya juga mohon kerjasama kawan untuk membuat tahlil di masjid sebentar tadi. alhamdulilah telah dilaksanakan seperti yang dirancang.

sebentar tadi sempat menelepon eyang(ibu) di kampung dan memberitau perkara yang telah dibuat. kami bercerita dan berjanji saya akan meneleponnya lagi. belanja ibu sepanjang saya di sana telah dihantar kerana balik dari sana sudah awal bulan lain. tanggungjawab kena dilaksanakan.

kami akan berkumpul di rumah hajah zaiton sabtu ini jam 9.30 pagi seblm berangkat ke klia. ya allah permudahkanlah perjalanan ini dan jauhikanlah dari kesusahan. amin....

No comments:

Post a Comment