Wednesday, March 3, 2010

Tak Kenal Maka Tak cinta - Perhubungan Awam


Tak kenal maka tak cinta. Memang ada kebenarannya. Saya sendiri suatu ketika dulu amat tidak suka bertugas sebagai pegawai perhubungan awam(PRO). Malah pernah terniat akan mencari kerja lain jika diarah menjadi PRO. Namun hati manusia bila2 masa akan berubah. Bah kata pepatah sekali air bah sekali berubah. Tanpa diminta, aku ditukar keluar jabatan dan menjadi PRO di di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Aku memang terasa kerdil kerana ilmu PRO amat tipis di dada. Tapi pantang mengalah sebelum mencuba. Aku tekad untuk menjadi PRO yang bagus. Semasa bertukar ke KeKWa cuma ada 3 orang petugas - 2 wanita dan 1 lelaki (jurufoto). Aduhai...aku terus mencari dunia PRO itu sebenarnya. Mujur le KSU yang terkenal dengan garang itu tidak memarahi aku. Sebalikknya dia banyak menegur dan memberi nasihat. Sesekali aku terasa hati jugak! Tapi dis bos tentu aku kena terima hakikat.

Setahun berlalu aku terasa di kementerian itu. Selain kerja yang boleh dilaksanakan aku selesa dan gembira dengan warganya yang peramah. Macam2 kelebihan yang boleh diperolehi. Kawan2 pun ramai dan pelbagai lapisan. Paling suka boleh tengok teater di Istana Budaya. Yang seronok juga jabatan dan agensi di bawah kementerian mempunyai unit prnya masing2. Situasi ini menjadikan lebih bersemangat kerana semua mereka memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

Aku berada di kementerian itu hampir tujuh (7) tahun namun rasanya baru sekejap. Kerja2 PRO kini telah memikat jiwaku. Sesekali aku memberi ceramah mengenai perhubungan awam anjuran kementerian. Aku suka berkongsi ilmu. Bidang PRO ini menyebabkan aku semakin yakin pada diri, ilmu meluas dan kawan2 pelbagai golongan serta ramai. Alhamdulilah.

Tidak dinafikan ada ketika aku terasa macam bukan orang Penerangan. Rasa kepunyaan untuk kementerian itu lebih mencengkam. Walaupun kementerian berubah dan digabungkan dengan kementerian lain tapi keseronokan bekerja tetap memikat.

Salam kenangan lalu

No comments:

Post a Comment