Tuesday, April 20, 2010

Nasi lemak - Teh tarik

Menghadiri sesuatu mesyuarat adalah salah satu dari kerja. namun berada dalam bilik mesyuarat bukan perkara yang mudah. ada ketikanya amat mencabar hati dan minda. apa lagi jika agenda yang dibincangkan tidak cukup maklumat. semalam saya hadir mesyuarat program nasi lemak - teh tarik sebagai makanan warisan. sekali baca menarik perkataan yang ditulis itu. memang benar ia antara makanan warisan gah di mata pelbagai kaum.

Setelah bincang secara terperinci rupa2nya nam program itu pun betul diputuskan. banyak maklumat masih tergantung. namun rasa berdebar juga kerana akan bakal diadakan pada 24 April di SMK Dato Haji kamaruddin, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor. pendekatannya menyediakan nasi lemak yang terbesar yang boleh memecah rekod dalam "The malaysia Book of Record". bukan kerja mudah ini kerana ia memerlukan pelbagai persediaan yang tidak sedikit.
suasana pada masa yang sama pula ialah proses pilihanraya semakin hampir dan di kawasan yang sama. jika tidak berhati2 dan peka dengan keadaan sekeliling, akan boleh menimbulkan isu yang lain.

Nasi lemak - teh tarik biasanya dikaitkan dengan minum pagi kecuali di kuala lumpur misalnya tengah malam pun nasi lemak masih panas. teh tarik pula merata tempat minum ada termasuk gerai2 minum walaupun tidak sesedap di kedai mamak. dalam program di kuala kubu ini nasi lemak dimakan lewat tengahari. adakah mesyarakat kampung akan berdiam diri atau tidak akan bercakap apa2pun. ini kawasan kampung nun dari suasana konta atau bandar. di kampung disiplin makan masih diamalkan. menu untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam berbeza. tidak timbulkah nanti komen2 yang boleh memanaskan telinga? atau adakah akan timbul isu2 lain yang menyebabkan ada kalangan tertentu akan panas punggung. harap2 berkat doa semuanya berjalan lancar.

Memang tujuannya murni kerana ingin menjamu para penduduk kampung dengan nasi lemak dan teh tarik. ramai petugas dari kementerian penerangan dan agensi2nya turun ke kuala kubu untuk melaksanakan tugas. masa kini pun sudah ramai berumahtangga di kuala kubu demi kelancaran pilihanraya kecil. calon-calon yang bertanding bukan calang-calang orang. kedua2nya mempunyai kreadibiliti dan rekod perkhidmatan masing2. terpulang kepada para pengundi mahu memangkah siapa yang mereka mahu jadi pemimpin untuk menerajui pembangunan di kawasan berkenaan.

Apa yang perlu pisang tidak berbuah lebih sekali. rakyat perlukan pembelaan. nasi lemak dan teh tarik sekadar jamuan tapi peruntukan untuk membangunkan kawasan ini memerlukan khidmat seorang pemimpin yang benar2 berjiwa rakyat. glamour tidak perlu tapi semangat yang terpancar daripada aktiviti yang akan dibuat itu lebih diutamakan.

Nasi lemak - teh tarik sebagai penyeri proses pilihanraya. ia diperuntukkan untuk semua penduduk di kawasan berkenaan dan sekitarnya. marilah makan bersama2 dengan semangat kekitaan yang padu memajukan kawasan kuala kubu yang mempunyai keunikan dan kekayanan tersendiri. masa lalu menjadi pengukur untuk kejayaan akan datang.

Kejayaan 1Malaysia di kawasan Kuala Kubu akan menyerlahkan diri selepas setiap individu memangkah dengan semangat 1Malaysia mereka. Selamat maju jaya...

No comments:

Post a Comment