Monday, April 19, 2010

Belanja pengubat resah?

Betulkah bila berbelanja itu menyebabkan kita hilang resah? duka lara boleh lupa semasa seronok membeli belah. cuma yang merisaukan lupa diri ketika belanja terutamanya di kalangan kaum wanita. sebab itu kita perlu sediakan senarai barangan yang hendak dibeli. beli mana yang perlu dan harga patut diutamakan. belanja secara sederhana dan berhati-hati agar tidak memjadikan manfaat sebagai mudarat.

Namun dalam menghadapi keadaan ekonomi yang serba mencabar ini kita hendaklah menjadi penggunakan yang bijak. sebab itu ungkapan berjimat cermat telah sinonim dengan berbelanja. ia juga menjadi tuntutan dalam Islam dan agama2 lain. berjimat cermat ialah mempergunakan sesuatu dengan berhemah, berhati2 dan bijaksana termasuk wang, masa dan peluang. kita digalakkan berjimat dalam segala urusan bukan bermaksud supaya menjadi bakhil. belanja makan sendiri pun berkira sehingga punah segala kenikmatan. dengan kata lain niat nak cari pendapatan sahaja tanpa memikirkan keperluan rohani diri. nah! jadi hamba duit pulak!

Sifat bakhil tidak wajar ada dalam kamus hidup kita. apa lagi jika hidup di tengah2 masyarakat. ramai menjadi saksi dan timbul pula cerita lain. sebab itu, saya suka tengok hasil karya P.Ramlee. memang tidak jemu walaupun tengok berulang kali. saya tau ramai orang macam saya. salah satunya ialah cerita bertajuk nasib labu labi. ia cerita hidup seharian. ada orang kaya ada yang miskin. lalu, watak haji bakhil dan cik murni amat menarik dan berkesan di hati.

Hakikatnya orang bakhil sebenarnya mahu juga kehidupannya seronok tapi kena ada caranya. haji bakhil menjadi pemurah jika cikgu murni yang datang minta derma berbanding dengan orng lain yang berkunjung sebelum itu. dia ada alasan tersendiri tidak bagi derma.ini disebabkan dia
seronok dengan kehadiran cikgu murni. tapi haji bakhil masih punya hati untuk menyediakan kemudahan mesin jahit untuk anaknya manisah. nah! bukan dia tidak berbelanja tetapi mesti ada sebab yang munasabah.

Saya ambil baju di kedai jahit tadi. baju itu telah lama siap sebelum saya ke Mekah tapi tidak ada kesempatan untuk mengambilnya. terasa mahal semasa membayar upah tapi ketika menghantarnya untuk ditempah tidak terfikir pulak! jadi tindakan sudah terlewat. jika beli baju kurung siap saya boleh dapat 4 helai dengan harga upah tadi. saya tidak terasa belanja tadi hilangkan resah sebalik menjadi resah pulak! mujurlah baju itu cantik dan sedap dipakai.

Belanja barangan dapur juga membahayakan suasana bujet jika pergi ke pasaraya seperti giant, care4 atau jaya jusco. ada ketika barangan tidak ada dalam list(jika ada) boleh terbeli. apa lagi macam2 tawaran harga murah. barangan yang dibeli tidak patut dbeli tapi disebabkan terpengaruh dan terlupa diri maka kita pun belanja. lebih2 bila menggunaka kad kredit gitu juga kad debit. semuanya wang plastik. ia main sign sahaja. nah! hujung minggu seterusnya barangan yang telah dibeli itu tidak digunakan. lalu kita menjadi gunda dan rugi. kini bukan dapat hilangkan resah pulak!

Perlu diingat carilah rezeki seolah kita hidup selamanya dan beribadatlah seolah mati esoknya. ia memintakan bersedia dalam segala hal tatacara hidup. wang memang perlu untuk menampung hidup bukan sahaja untuk makan minum, pelajaran,perjalanan dan sebagainya tetapi kos rawatan pun tinggi masa kini. kita juga kena kumpul wang untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadat haji di Mekah jika mampu ke sana. namun kita diminta membuat ibadat agar tidak lupa diri bahawa hidup bukan untuk selamanya.

sekian

No comments:

Post a Comment