Tuesday, April 20, 2010

Cerita seorang wanita misteri

Jauh berjalan luas pandangan. banyak bergaul pelbagai kerenah yang kita jumpa. itulah yang akan disentuh dalam cerita kak long kali ini. dalam menempuh perjalanan suci ada beberapa yang saya mahu kongsi untuk pengajaran bersama. bukan tujuan untuk mengata semata-mata tetapi itulah realitinya setiap insan itu ada lebih dan kurangnya. tidak menyangka pulak sejauh perjalanan itu tiba2 ada perkara di luar jangka di depan mata.



semasa di madinah masuk hari kedua, tiba2 ustaz meminta bantuan ketika kami sarapan di hotel. tertanya2 juga apa yang berlaku? siapa dia? yang mana satu? aduh! macam2 persoalan dalam minda saya. saya istighfar sendiri. ustaz kata kawan - wanita misteri itu ada masalah nak turun makan. dia mesti kena telefon dan pujuk supaya turun makan. dengar kata2 ustaz itu menyebabkan saya terfikir sesuatu...ustaz berkali2 minta tolong. siap dia bagi nombor bilik dan nama. kawan2 lain tak sanggup. cuma mereka kata saya saja yang boleh bercakap dengan wanita misteri tu. aduhai... tiba2 saya diberi tanggungjawab. saya cuma diam dan senyum. risau dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. bolehkah aku bantu? yang mana satu dia ni?hati meneka dan terus meneka... saya nekad untuk buat yang termampu.



makan tengahari saya berjaya mendekati wanita misteri itu. dia duduk seorang2. saya cuba menghampiri dia. alhamdulilah dia sudi bercakap dengan saya. cuma seketika sahaja. selepas itu saya ke meja makan lain dan duduk dengan rakan sebilik seperti biasa. langkah pertama telah kumulai. saya bagitau uza dan hjh ton. mereka minta saya tanya lagi. tugas itu berlanjutan. ada masa saya cuba hampiri dan cerita2 dengan wanita misteri itu. beberapa soalan terjawab. dia bekerja di shah alam. asal dari banting. wanita misteri wataknya macam keanak-anakan walaupun saya jangka usianya dalam lingkungan 40-an.



malam terakhir di madinah, wanita misteri itu sendiri mohon dikawankan berkunjung ke Raudah. dia kata belum sempat lagi ke sana. alhamdulilah dia nak ke Raudah. saya cuba minta bantuan kak esah. dia pun setuju. begitu juga dengan uza. kami pun berjanji jumpa jam 9 malam di lobi hotel untuk ke Raudah. sebelum itu, saya sudah ingatkan dia siap2 pakai telkung kerana semasa di Raudah buat solat sunat. apa lagi solat di masjid nabawi pahala 1000 setiap kali solat. namun saya terkejut wanita misteri itu menyatakan tidak mahu solat. dia cuma mahu berdoa sahaja di Raudah. aduh! dia memang pelik. namun ustaz sudah maklumkan kami , wanita misteri tidak ke masjid jika masuk waktu kerana dia bagitau solat dalam bilik sahaja. rugi memang rugi perjalanan macam ini diiisi dengan cara yang kurang sesuai. saya tidak cakap2 apa. cuma diam saja ketika itu.



Jam 9 malam kami jumpa di lobi. saya senyum tengok wanita misteri itu. dia pun senyum simpul. wajahnya bersih cuma kurang ceria. dia kata mujurlah kami sudi temankan dia ke Raudah. kami beriringan jalan. kak esah siap bagitau beberapa perkara. tidak lama berjalan kami masuk masjid nabawi melalui pintu 25. pintu ini antara yang terdekat dan mudah ke Raudah. namun wanita misteri itu pantas berjalan sehingga tidak terkejar. kami tertinggal di belakang. bukan biarkan dia tapi dia tak menoleh belakang. kawasan Raudah sudah penuh. kami berbaris dalam kumpulan Malaysia, Indonesia dan Brunei. namun tidak nampak wajah wanita misteri itu. setelah solat dan berdoa kami pun balik ke hotel. kak esah tanya mana dia? dapatkah ke berdoa di karpet putih tu? saya tengok kak esah sambil menyatakan tak nampak dia.

Setelah tiba di tanah suci Mekah, wanita misteri tinggal sendiri sebilik sama keadaannya seperti di madinah. sesekali sahaja jumpa dia. ketika buat miqat di taneem sempat solat sunat sama2 di masjid aishah. kasian dia kurang faham untuk proses buat ihram. sempat bagitau dia lafazkan niat. terkilan tgk dia. namun dia tidak bertanya serta tidak campur dengan kawan2 lain. ketika tawaf saya bersama kak esah terpisah dengan wanita misteri itu. mata terus mencari tapi tidak nampak. yuzana yang terjumpa tetapi dia tawaf tidak ikut arus. pelik ini berlaku. sedang terlalu ramai ketika itu. apakah terjadi pada diri dan emosi dia? mudah2an dia dalam perlindungan Tuhan. wanita misteri terus dengan misterinya...sekali lagi saya membantunya ketika ditipu oleh lelaki arab. kasian tgk dia menyerahkan 100r kpd lelaki arab setelah naik unta. hanya dengan beberapa keping foto dan beberapa minta naik unta kena bayar sebanyak itu. lelaki arab itu marah sebab saya tarik tangan wanita misteri dan bawa ke tempat lain. dia mengadu hampir abis duitnya...

ingin dikongsikan sedikit peristiwa ketika dan selepas solat zohor di masjidil haram. wanita misteri tidak solah berjemaah. mungkin itu cara dia. selesai solat zohor dia solat lagi tapi bacaannya terlalu panjang. saya dan uza risau. malahan tertanya2 adakah dia sempat tawaf wida'. kami pun nekad untuk bertanya. saya menepuk bahunya walaupun masih solat kerana waktu itu jam 1.15 petang. sedangkan rombongan dia kena berada dalam bas jam 2 petang. saya berulang kali memberitahu dan mengingatkan dia untuk tawaf wida'. dia cuma mengangguk dan teruskan lagi solat. kami tinggalkan dia dan balik hotel. entah apa yang berlaku? keadaan kawasan kaabah waktu itu penuh. terlalu ramai orang. dia pulak tinggal seorang2.

nah! sehingga kini saya masih terbayang wajah wanita misteri. selain kami ada juga orang lain yang mengambil berat tentang dia. namun segalanya sudah berlalu. banyak pengajaran dari peristiwa wanita mestri ini. seorang kakak cantik juga kasian dan salahkan ustaz kerana lepas tangan. suami dia menyatakan wanita misteri itu ada gangguan emosi. ada pula berpendapat dia kurang bersedia untuk ke tanah suci. selain itu, ada menyatakan mungkin wanita itu ada masalah tersendiri . terlalu banyak andaian. yang mana satu punya kebenaran? hanya Tuhan sahaja yang tahu....

sekian.

No comments:

Post a Comment