Sunday, May 1, 2016

Lawatan dan tinjauan sempena PRN Sarawak

Aku bukan orang politik. Tiada kaitan yang dilaksanakan dengan politik.  Kurang minat dengan politik. Jadi dalam blog #ariahjudah ini ingin dikongsikan perjalanan di bumi Kenyalang ni. Ada pengalaman baru. Hari ini mulai jam 9.00 pagi kami (saya, Sakimin dan Razi) bertolak ke Pejabat Penerangan Serian.  Sebelum itu saya watsap dengan PPD Serian, Puan Salinah. Bukan apa sekadar untuk memaklumkan. Budi bahasa budaya kita. Kebetulan sebelum itu saya dah gitau akan berkunjung ke Serian.

Tujuan lawatan untuk meninjau keadaan di sana. Selain itu melawat petugas (2 orang) di Serian dan Simunjan. Mereka ditugaskan untuk buat pelaporan - Jamil dan Sapawi. Tiba saja di pekan Serian saya tertanya2 kerana suasananya begitu sibuk. Arah masuk ke pejabat kelihatan sesak. Rupa2 ada pasar minggu dan juga ramai yang sembahyang di geraja bersebelahan dengan pejabat. Di pejabat kami sempat berbincang beberapa perkara. Alhamdulilah perbincangan kami tenang dan menepati sasaran.

Selepas itu, kami berjalan kaki ke pasar Serian. Memang kenderaan banyak tapi keadaannya tenang. Tak dengar pun hon kereta. Kami tiba pasar cuma mengambil sedikit masa saja. Macam2 ada dijual di pasar seperti pisang, sayuran kampung, buah2an, kuih muih, minuman dsb.  Yang mengkagumkan saya ada remaja lelaki membuat kuih penjaram. Kuih kegemaran saya. Ini pertama kali saya nampak lelaki buat kuih penjaram. Hebat betul. Saya begitu teruja dan membeli kuih penjaram dan apam balik.  Memang sedapppp

Kami makan tengahari di sebuah restoran tak jauh dari pekan tu. Saya makan mee udang. Tiga ekor udang bersama mee. Udang itu memang fresh. Mee sedapnya boleh tahan le jugak. Kami berenam menjamu selera sambil berbincang - saya, Salinah, Sakimin, Sapawai, Jamil dan Razi. Alhamdulilah abis makanan masing2. Terima kasih PPD Puan Salinah Salleh . Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

#myhebat
#ariahjudah
#pilihanrayasarawak
#theAdenanway


No comments:

Post a Comment